Cerita Auto

Lexus ES Boleh Mula Ditempah – Harga Bermula RM299,888

Lexus Malaysia telah membuka tempahan bagi Lexus ES generasi ketujuh. Dipertontonkan buat pertama kali di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18), sedan itu hadir dalam versi ES 250 dengan pilihan varian Luxury (RM332,888) dan Premium (RM299,888).

BHP Banner power boot x70

Kedua-dua varian dipacu oleh enjin 2.5-liter empat silinder Dynamic Force yang menghasilkan 204 hp dan 243 Nm, serta transmisi automatik lapan kelajuan Direct-Shift yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda hadapan.

ES 250 Luxury merupakan varian tertinggi dalam barisan ES, menampilkan pelbagai kelengkapan mewah seperti tempat duduk hadapan boleh laras 10-cara, tempat duduk belakang berkuasa dengan fungsi berbaring, kawalan iklim tiga zon, paparan Head-Up, skrin Electro Multi-Vision bersaiz 12.3 inci pada konsol tengah dan fungsi Panoramic View Monitor.

Lexus-ES-2019-1024-43

Selain itu, varian Luxury turut mendapat lampu utama dengan tiga Bi-Beam LED dan ciri Adaptive High Beam System (AHS) yang berfungsi untuk menerangi kawasan tertentu yang lebih gelap tanpa menyilaukan pandangan pemandu yang datang dari arah bertentangan.

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi dengan Lexus Safety System + (LSS+) yang merangkumi ciri-ciri seperti Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA), Pre-Collision System (PCS) dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Stop and Go.

ES diimport sepenuhnya oleh Lexus Malaysia dan didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Previous post

Honda Jazz Type R Akan Siap Untuk Tokyo Motor Show 2019

Next post

Perodua Jalin Kerjasama Dengan KPDNHEP Sekat Produk Tiruan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *