Bisnes

Lamborghini Akan Hadkan Pengeluaran Untuk Kekalkan Eksklusiviti

Lamborghini telah menyerahkan sejumlah 2,693 unit Urus, 1,211 unit Huracan dan 649 unit Aventador setakat separuh pertama tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan 4,553 unit atau 96% lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

BHP Banner Alfa Romeo Racing

Itulah sebabnya Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stefano Domenicali yakin bahawa syarikat itu boleh mencapai sasaran jualan melebihi 8,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Bagi pengeluar kenderaan yang lain, ini mungkin kedengaran seperti sesuatu yang positif tetapi Domenicali percaya bahawa jumlah jualan yang tinggi akan memberi impak negatif ke atas eksklusiviti dan status eksotik pengeluar dari Sant’Agata Bolognese itu.

2020-lamborghini-huracan-evo-1

Oleh sebab itu, Domenicali memberitahu Automotive News Europe bahawa pengeluaran pengeluaran tahunan Lamborghini akan dihadkan walaupun ini bermakna ia akan kehilangan sejumlah pelanggan. Beliau menjelaskan bahawa syarikat itu mampu mengeluarkan sehingga 10,000 kenderaan setahun tetapi hanya dengan menambah model keempat dalam barisannya.

Dalam pada itu, Domenicali turut mengesahkan bahawa Lamborghini tidak akan menghasilkan supercar elektrik kerana pelanggannya tidak berminat dengan model yang tidak mempunyai enjin twin-turbo V8, V10 atau V12.

Previous post

Lister LFT-C Jelmaan F-Type SVR Convertible Dengan 666 HP

Next post

SUV Borgward Kini Di Malaysia Dengan Harga Dari RM118,950

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *