Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Jualan Hibrid CKD Honda Cecah 10,000 Unit

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa jualan model hibrid pemasangan tempatan (CKD) telah mencecah sebanyak 10,000 unit di Malaysia.

BHP Banner Borgward

Untuk meraikan pencapaian bersejarah itu, Honda Malaysia telah mengadakan majlis penyerahan unit yang ke-10,000 iaitu sebuah Honda City Hybrid kepada pemiliknya iaitu Saddam Hassan bin Abdul Salim di Macinda Auto Sdn Bhd.

Pada tahun 2004, Honda Malaysia menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada pengguna di Malaysia dengan membawa masuk Civic Hybrid.

???????????????????????????????

Selari dengan agenda kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau serta penerimaan positif pasaran terhadap teknologi hibrid dari Jepun, Honda Malaysia kemudiannya memperkenalkan Jazz Hybrid CKD pertama di kilang Alor Gajah pada tahun 2012.

Pelancaran tersebut menjadikan Honda Malaysia jenama bukan nasional pertama yang memasang model hibrid secara tempatan. Bukan itu sahaja, Malaysia juga menjadi negara ketiga yang memasang model hibrid Honda selepas Jepun dan Amerika Syarikat.

Honda Jazz Sport Hybrid 21

Daripada 10,000 ribu unit model hibrid CKD yang telah terjual, Jazz Hybrid menjadi model paling laris dengan jualan sebanyak 6,000 unit, diikuti oleh City Hybrid dengan lebih 3,400 unit dan HR-V Hybrid yang diperkenalkan baru-baru ini dengan 340 unit setakat Jun 2019.

Previous post

SUV Borgward Kini Di Malaysia Dengan Harga Dari RM118,950

Next post

‘Care Key’ Volvo Diperkenalkan Untuk Menyelamat Nyawa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *