Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson Fat Boy Kini Boleh Didapati Dalam Bentuk LEGO

LEGO Group telah mendedahkan model LEGO Creator Expert terbaru iaitu motosikal Harley-Davidson Fat Boy. Ia akan memasuki pasaran global bermula 1 Ogos ini.

BHP Banner Hyundai Elantra

Dibangunkan dengan kerjasama Harley-Davidson, intepretasi motosikal ikonik dari Milwaukee ini tampil dengan kemasan, permukaan dan elemen reka bentuk yang direka untuk meniru model sebenar.

lego-fat-boy (1)

Menampilkan 1,023 kepingan, model ini didatangkan dengan rim cakera, tangki minyak ‘teardrop’, speedometer terbina dalam dan paip ekzos berkembar. Apabila siap dipasang, ia mempunyai ukuran 20 cm tinggi, 18 cm lebar dan 33 cm panjang.

Ia juga menampilkan beberapa bahagian yang boleh digerakkan seperti bar hendal, pedal gear, tuil brek dan tongkat. Lebih menarik lagi, omboh enjin V-Twin Milwaukee Eight model ini juga boleh digerakkan dengan memutar tayar belakang.

lego-fat-boy (3)

Model ini didatangkan dalam warna merah gelap dan hitam yang diinspirasikan oleh skema warna Wicked Red yang ditawarkan pada Fat Boy. Melengkapkan imej model ini adalah logo Harley-Davidson pada bahagian sisi.

Bagi meraikan pelancarannya, LEGO Master Builders turut menghasilkan sebuah model Fat-Boy saiz sebenar yang lengkap dengan bahagian berwarna perak, kawalan animasi Wifi serta efek bunyi dan lampu.

lego-fat-boy

Diperbuat daripada 69,569 kepingan LEGO termasuk 6,000 kepingan khas, replika tersebut mengambil masa selama 865 jam untuk disiapkan. Ia akan dipamerkan di kedai-kedai LEGO terpilih.

Model LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy boleh didapati di kedai LEGO dan laman sesawang shop.LEGO.com secara eksklusif untuk ahli LEGO VIP bermula 17 Julai, manakala orang awam boleh mendapatkannya bermula 1 Ogos.

lego-fat-boy (2)

Previous post

Pembaca Tol Terbina Dalam LokaTAG Dilancarkan

Next post

Pelancaran 7-Series Dan X7 BMW Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *