Cerita Auto

Giatkan Keselamatan Pekerja, Perodua Jalin Kerjasama Dengan PERKESO

Berikutan Program Keselamatan Jalan Raya yang diadakan pada musim perayaan lalu, Perodua kini menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menggiatkan lagi keselamatan untuk 8,500 kakitangannya yang berulang-alik ke dan dari ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang.

BHP Banner Bentley Flying Spur

Ibu pejabat Perodua dijadikan tuan rumah bagi majlis pelancaran kempen ‘Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja’ Peringkat Kebangsaan PERKESO 2019. Majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia YB M Kula Segaran dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg Dato’ Amir Omar, Ketua Eksekutif PERKESO YBhg Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Setelah mengadakan banyak aktiviti kesedaran untuk kakitangan kami, kami percaya bahawa kami kini bersedia untuk ke peringkat seterusnya iaitu Kiken Yochi, di mana kakitangan kami akan dididik mengenai cara-cara meramal bahaya,” kata Dato’ Zainal.

pic3 (2)

Sebelum majlis pelancaran, jurulatih PERKESO telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Vision Zero’ kepada kira-kira 150 kakitangan Perodua, termasuk 40 jurulatih dalamannya, meliputi topik seperti Kiken Yochi, memandu dengan berhati-hati dan kepentingan memeriksa kenderaan dari semasa ke semasa.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Lalu Lintas Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin turut memberi ceramah mengenai peraturan jalan raya dan kesedaran mengenai keselamatan.

pic2 (4)

“Kami mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana telah berkongsi banyak pedoman dan pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan jalan raya, yang akan kami terapkan ke dalam silibus Keselamatan Jalan Raya Perodua. Kami berhasrat untuk menyebarkan maklumat dalam silibus ini kepada semua kakitangan Ibu Pejabat kami dalam tempoh dua tahun,” kata Dato’ Zainal.

 

Previous post

Pemandu Singapura Yang Tukar Plat Kena KANTOI & DENDA!

Next post

Perhimpunan Ulang Tahun ke-60 Mini Ikonik Di Melaka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *