Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario 916 Bakal Tiba di Malaysia Tahun Hadapan

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, mengesahkan bahawa ia akan membawa masuk model edisi terhad Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario 916 pada separuh pertama tahun 2020.

BHP Banner Mercedes X Class

Model tersebut dilancarkan di peringkat global pada minggu lalu di Pebble Beach, California, oleh juara Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) empat kali iaitu Carl Forgarty.

Panigale-V4-916-Anniversario-MY20-06-Gallery-Studio-1920x1080

Dihasilkan sempena sambutan ulang tahun Ducati 916 yang ke-25, hanya 500 unit model istimewa ini akan ditawarkan. Setiap satu didatangkan dengan tema warna merah putih seperti yang digunakan oleh jentera 916 milik Fogarty pada kejohanan WSBK 1999, lengkap dengan grafik nombor 1 pada bahagian hadapan dan sisi.

Panigale-V4-916-Anniversario-MY20-07-Gallery-Studio-1920x1080

Selain warna hitam pada bahagian bawah fairing, Panigale V4 25˚ Anniversario 916 turut menampilkan rim magnesium Marchesini Racing, tabung ekzos Akrapovic serta beberapa komponen gentian karbon dan aluminium.

Panigale-V4-916-Anniversario-MY20-12-Gallery-Studio-1920x1080

Model ini menggunakan Panigale V4 S sebagai asas, namun ia telah dinaik taraf dengan komponen-komponen yang diambil daripada Panigale V4 R seperti rangka hadapan yang direka mengikut spesifikasi Ducati Corse, klac kering serta ciri elektronik Ducati Quick Shift EVO 2 dan Ducati Traction Control EVO 2.

Panigale-V4-916-Anniversario-MY20-09-Gallery-Studio-1920x1080

Jumlah kuasa pada Panigale V4 25˚ Anniversario 916 masih sama seperti Panigale V4 S iaitu 214 hp pada 13,000 rpm dan 124 Nm pada 10,000 rpm yang dibekalkan oleh enjin Stradale berkapasiti 1,013 cc.

Panigale-V4-916-Anniversario-MY20-Fogarty-07-Gallery-1920x1080

Harga rasmi masih belum diumumkan, namun ia mungkin tidak jauh berbeza dengan Panigale V4 R yang dilancarkan baru-baru ini dengan harga RM299,900.

Previous post

Nissan Navara Akan Dikemas Kini Untuk 2019 Dengan Beberapa Barangan

Next post

Pengalaman dan Ekspresi Kepenggunaan Serba Baharu BMW Dengan Quill Automobiles

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *