Gaya Hidup

Art of Speed 2019 Sasar 40,000 Pengunjung

Art of Speed, acara Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia, kembali untuk edisi kelapan tahun ini, membawakan pameran seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik.

BHP Banner Bonhams Auction

Tahun ini, acara Art of Speed 2019 (AOS 2019) mensasarkan lebih 40,000 pengunjung dua hari ia berlangsung. Ia akan diadakan sekali lagi di tempat yang sama iaitu di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), pada 27 Julai (10:00 pagi hingga 11:00 malam) dan 28 Julai 2019 (10:00 pagi hingga 7:00 malam).

Art of Speed 2018 24

Acara tahun ini akan menampilkan komuniti dan media kustom antarabangsa yang terdiri daripada:

  • Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Masakazu “PAN” Sumi daripada MOONEYES
  • Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate; Amerika Syarikat (Pemenang Born Free 2019)
  • Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor; Amerika Syarikat

SHAIK RIDZWAN of The Mighty Motor

  • Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
  • Christopher Cooper Raymond daripada Fuel Tank Magazine; Australia
  • Matthew Everingham daripada Speedhunters.com; Australia
  • Marlon Slack daripada Pipeburn; Australia

Geoffrey Douglas Baldwin from Return of the Café Racers; Australia

  • Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
  • Makoto Ukai daripada Model Cars & Let’s Play VW Magazine; Jepun
  • Daisuke Katsumura dan Satoshi Furuuchi daripada Kousoku Yuen Magazine & Street VW Magazine; Jepun, dan ramai lagi

BMW R9T Custom by Heiwa Motorcycles

Setiap tahun pihak penganjur akan memberi inspirasi kepada komuniti tempatan dengan membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara. Tradisi ini diteruskan dengan beberapa motosikal dan kereta yang cool daripada Jepun seperti:

  • HEIWA MOTORCYCLE (JEPUN) dengan BMW R9T Custom yang dikomisenkan oleh BMW Motorrad
  • MOON OF JAPAN 1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”
  • HOT DOCK CUSTOM CYCLES (JEPUN) dengan 1948 FL Harley-Davidson Custom “StG Nautilus”

MARLON SLACK from PIPEBURN

AOS 2019 akan turut menyaksikan pertandingan Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 yang dikuasakan oleh PETRONAS. Tujuh pembina khas akan bersaing sesama sendiri untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan wang tunai RM5,000 (pilihan awam). Mereka adalah:

  • The Classic Garage daripada Johor Bahru; pembina khas adalah Ravinder Singh
  • Naza College Motorsports Team daripada Shah Alam dengan ketua projek; Jagjeet Singh dan lima orang pelajar

1948 FL Harley-Davidson Custom “StG Nautilus” by HOT DOCK

  • Carazee Artwork daripada Klang, Selangor; pembina khas adalah Ajie
  • WakSam Garage X RebanBlackbird daripada Subang; pembina khas adalah Odie dan WakSam
  • Kazuto Garage daripada Klang, Selangor; pembina khas adalah Kazuto Soon

Art of Speed 2018 64

  • Faroib Autosport daripada Klang, Selangor; pembina khas adalah Ismail Ibrahim
  • Garage 63 daripada Bukit Jalil, Selangor; pembina khas adalah Shawn Foo

Art of Speed 2018 76

Hot Wheels akan berada di AOS 2019 dengan Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Koleksi). Beliau akan bertemu dengan semua peminat dan juga akan melancarkan siri Japan Historics 3 yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 di bawah tema Legendary Japanese Cars.

Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels, akan mempamerkan kereta rasmi New Beetle Gen 1 berskala 1:1 sebagai hadiah yang akan diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah.

Art of Speed 2018 78

VANS akan mempamerkan penghormatan kepada barisan kasut yang dikeluarkan sejak tahun 1976 iaitu Era di Dewan A. Syarikat itu juga akan mengadakan klinik papan selaju untuk keluarga dan anak-anak.

Hail Vintage kembali ke AOS dan akan berada di dalam Dewan C dengan pameran pakaian kerja vintaj dan 16 vendor yang khusus dalam industri vintaj. Pameran tahun ini akan mempamerkan koleksi barang-barang vintaj yang bernilai hampir RM2 juta.

Art of Speed 2018 23

Pelengkap acara pada hari Ahad adalah cabutan bertuah di mana seorang pemenang akan dipilih untuk membawa pulang sebuah Mini Cooper dengan enjin Hayabusa yang telah diubah suai oleh FNG Works. Sementara itu, para pemenang bagi pertunjukan motosikal dan kereta akan memenangi pakej percutian ke acara Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

AOS 2019 akan memperkenalkan tiket Speed ​​Lane yang membolehkan pengunjung memasuki dewan pameran satu jam lebih awal pada pukul 10 pagi. Tiket berharga RM50 dan sah untuk kedua-dua hari. Pemegang tiket juga berhak memasuki konsert Circus Sound.

 

Previous post

SUV BMW Bantu Mendorong Jualan Melewati Mercedes-Benz

Next post

Renault Captur Dapat Enjin E-TECH Hibrid Plug-in

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *