Gaya Hidup

Allianz Serah 24 Topi Keledar Kepada Pemenang Peraduan Media Sosial

Allianz Malaysia Berhad telah menyerahkan hadiah berupa topi keledar jkepada 24 pemenang peraduan Allianz Motorcycle Plus Facebook dan Instagram.

BHP Banner Bye Bye Beetle

Pada bulan Mei, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad melancarkan Allianz Motorcycle Plus yang menawarkan motorsikal di bawah 245cc perlindungan tambahan seperti Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal), Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (sehingga 60 hari) dan Perlindungan Jumlah Diisuranskan Sepenuhnya Peril Khas (perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain) tanpa kos tambahan.

Linda Lor, Ketua Pengurusan Jualan untuk Allianz General berkata: “Sejak pelancarannya pada bulan May, Allianz Motorcycle Plus telah mendapat banyak perhatian dan kita ingin meneruskan perbualan tentang produk tersebut. Peraduan tersebut merupakan peluang terbaik untuk kita berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pengikut media sosial dan untuk mereka mempelajari tentang produk tersebut.”

Pertandingan tersebut diadakan dari 3 Jun hingga 1 Julai dan telah menerima sejumlah 1,337 penyertaan.

Previous post

Naza Sumbang Kia Cerato Kepada ILKBS Untuk Pertandingan WorldSkills

Next post

Kenapa Rakyat Lain Tidak Boleh Nikmati Tawaran Bank RAKYAT Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *