Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha 135LC (2019) Kini Mula Dijual

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan kehadiran Yamaha 135LC versi 2019 yang kini boleh didapati di semua cawangan pengedar sah dengan harga bermula dari RM6,868.

BHP Banner X70 Terpakai

Apa yang menarik, model ini dijual pada harga yang lebih murah berbanding model 2017 (RM7,617) walaupun didatangkan dengan beberapa penambahbaikan kecil seperti pelindung hon baru, tambahan lubang udara pada bahagian kiri dan kanan, cowl panel bawah dan rekaan panel speedometer yang baru.

19 Y135LC 01

Selain itu, 135LC kekal dengan enjin silinder tunggal berkapasiti 134 cc yang menghasilkan 12 hp pada 8,500 rpm dan 11.79 Nm pada 5,500 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.

19 Y135LC 04

Tidak seperti model Y15ZR yang dilengkapi dengan dua brek cakera, 135LC menggunakan cakera tunggal di bahagian hadapan dan brek dram di belakang. Ia menggunakan tayar bersaiz 70/90-17 di hadapan dan 80/90-17 di belakang.

19 Y135LC 05

Motosikal ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Fiery Red, Storm Blue dan Comet Grey. Setiap pembelian didatangkan dengan kunci brek cakera percuma.

????????????????????

Previous post

Wow! Ini Baru Betul Namanya Restorasi. Muzium Alfa Romeo Pun Kalah!

Next post

Valhalla Adalah Nama Rasmi Hypercar Aston Martin-Red Bull

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *