Berita Auto

Volvo XC90 Armoured Tawar Perlindungan 360 Darjah

Umum mengetahui bahawa kereta keluaran Volvo mempunyai ciri perlindungan kemalangan antara yang terbaik di dunia. Bagaimanapun, jenama dari Sweden itu juga mempunyai produk khas untuk individu berkepentingan yang memerlukan perlindungan daripada peluru dan letupan.

BHP Banner beg Udara terpakai

Dikenali sebagai XC90 Armoured, SUV ini didatangkan dengan penarafan VR8 yang bermakna ia kalis balistik 360 darjah serta kalis letupan. Volvo mengambil masa kira-kira dua tahun untuk membangunkan model ini.

volvo-xc90-armored (2)

XC90 Armoured menggunakan varian T6 AWD Inscription sebagai asas. SUV ini dibina di kilang Volvo yang terletak di Torslanda, manakala pemasangan perisai pula dilakukan oleh syarikat TRASCO Bremen yang berpangkalan di Jerman.

volvo-xc90-armored

Menurut Volvo, XC90 Armoured dilengkapi dengan perisai keluli setebal 10 mm, manakala ketebalan kaca yang digunakan mencecah 50 mm. Ini memberikan berat tambahan sebanyak 1,400 kg, menjadikan berat keseluruhan kenderaan ini 4,490 kg dengan lima orang penumpang.

volvo-xc90-armored (4)

Bagi memastikan yang ia boleh menanggung berat berlebihan itu, Volvo turut menaik taraf sistem gantungan dan brek. Model ini boleh ditempah mulai sekarang dan penyerahan pertama akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

volvo-xc90-armored (3)

Selain XC90 Armoured, Volvo turut menawarkan versi perisai ringan bagi XC60 T6 AWD Inscription dan XC90 T6 AWD Inscription. Versi ini akan dijual bermula awal tahun hadapan.

Previous post

Isuzu Malaysia Cari Pemilik D-Max Dengan Mileage Tertinggi

Next post

Maaf Mugen Civic Type R Ini Bukan Untuk Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *