Cerita Auto

Valhalla Adalah Nama Rasmi Hypercar Aston Martin-Red Bull

Sebelum ini dikenali dengan kod nama AM-RB 003, hypercar Aston Martin yang dibangunkan dengan kerjasama Red Bull Advanced Techonologies dan jurutera Formula One terkenal Adrian Newey akan menggunakan ‘Valhalla’ sebagai nama rasmi.

BHP Banner X70 Terpakai

Dalam mitos Norse, Valhalla yang terletak di Asgard dikatakan sebagai syurga bagi pahlawan-pahlawan yang terkorban dalam pertempuran. Menariknya, pemilihan nama ini juga selari dengan tradisi Aston Martin dalam menggunakan nama yang bermula dengan huruf V bagi model-model keluaran mereka.

Valhalla dibangunkan dengan menggunakan konsep pemasangan dan aerodinamik yang sama dengan Valkyrie. Ia akan menampilkan enjin petrol turbo V6 berprestasi tinggi dan sistem hibrid bagi menjadikannya setaraf dengan hypercar hibrid lain seperti Porsche 918 Spyder dan Ferrari LaFerrari.

Tambahan pula, sebahagian besar Valhalla diperbuat menggunakan gentian karbon bagi tujuan mengehadkan berat keseluruhan. Spesifikasi lain masih belum didedahkan namun melihat kepada perincian awal yang diberikan, tidak mustahil ia akan menjadi salah satu jentera paling pantas dalam barisan Aston Martin.

 

Previous post

Yamaha 135LC (2019) Kini Mula Dijual

Next post

Usaha Scania Mengurangkan Penggunaan Bahan Api & Pelepasan CO2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *