Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Uptime Promise – Volvo Trucks Malaysia Tingkatkan Sokongan Servis Pelanggan

Volvo Trucks hari ini melancarkan Uptime Promise. Ianya dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato ‘Haji Kamarudin Bin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan, Malaysia dan His Excellency, Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Besar Sweden ke Malaysia , di Ekspo Kenderaan Komersil Malaysia 2019 / Malaysia Commercial Vehicle Expo 2019 (MCVE) yang diadakan hari ini.

Volvo Trucks’ Uptime Promise adalah ciri unik, yang memberikan pampasan kewangan kepada pelanggan yang mempunyai trak yang rosak yang melebihi masa yang dijanjikan Volvo Trucks’ untuk membaiki trak itu supaya kembali beroperasi di atas jalan.

Ia direka untuk memberikan pelanggan perlindungan tambahan terhadap malapetaka yang tidak dirancang dan ditawarkan sebagai sebahagian daripada usaha peningkatan kepuasan pelanggan Volvo Trucks.

BHP Banner Volvo Trucks

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 – Volvo Trucks Malaysia (Volvo) dilihat telah meningkatkan penanda aras dari segi perkhidmatan pelanggan pada hari ini apabila melancarkan Uptime Promise, satu perkhidmatan tambahan baharu dalam Gold Service Agreement bagi memberi sokongan selepas jualan.

Uptime Promise ialah satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak mereka mengalami kerosakan melepasi tempoh yang telah dijanjikan oleh Volvo Trucks untuk kembali berada di atas jalan raya. Program yang berorientasikan kepada pelanggan ini merupakan yang pertama seumpamanya ditawarkan di pasaran. Ia dilancarkan sempena Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019 yang diadakan mulai 20 – 22 Jun di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur.

Uptime Promise direka untuk memberi perlindungan tambahan kepada pelanggan ke atas tempoh trak tersadai di bengkel. Ia ditawarkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap kepuasan pelanggan yang berterusan oleh Volvo Trucks. Bukan sekadar pampasan kewangan kerana trak tidak dapat beroperasi, Uptime Promise turut menawarkan pelbagai manfaat termasuklah pembaikan yang selamat dan boleh dipercayai oleh juruteknik Volvo yang berkemahiran tinggi, mengurangkan pembaziran masa dan pendapatan, serta memaksimumkan tempoh operasi trak.

Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Mitch Peden berkata, “Kami faham betapa pentingnya tempoh operasi buat pada pelanggan dalam memastikan keuntungan mereka. Di Volvo Malaysia, keutamaan kami adalah untuk meminimumkan risiko kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan, trak perlu kembali ke atas jalan raya secepat mungkin. Menerusi Gold Service Agreement dan Uptime Promise kami, para pelanggan kini boleh memaksimumkan tempoh operasi untuk memandu, meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dan melindungi trak dengan pelan perlindungan yang diubah suai mengikut keperluan perniagaan mereka.”

Para pelanggan yang melanggan Volvo Trucks Gold Service Agreement kini layak untuk menikmati manfaat Uptime Promise secara automatik. Mereka akan menerima pampasan sebanyak RM300 sehari untuk sebarang kerosakan melebihi 12 jam bermula dari panggilan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan Volvo dibuat untuk mendapatkan sokongan Volvo Action Service, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Volvo Trucks berbesar hati untuk menjadi jenama trak pertama di Malaysia yang memperkenalkan faedah pampasan ini kepada para pelanggan. Tempoh beroperasi merupakan satu parameter penting dalam memacu kepuasan pelanggan kerana kerosakan yang tidak dijangka boleh menjejaskan keuntungan perniagaan. Kami yakin dengan perkhidmatan tambahan yang baru ini, kami dapat membalas kepercayaan dan sokongan mereka. Pada masa yang sama meningkatkan tahap kepuasan mereka terhadap Volvo Trucks,” kata Peden.

Selain pelancaran Volvo Uptime Promise, Volvo Trucks juga memperkenalkan Pakej Keselamatan Aktif (Active Safety Package) yang baru di ruang pamerannya di MCVE 2019.

“Pakej Keselamatan Aktif adalah penyelesaian sokongan keselamatan yang boleh memperkemaskan lagi aspek perancangan dan pelaksanaan pemanduan selamat di atas jalan raya demi manfaat pemandu trak kami serta komuniti secara amnya. Keselamatan adalah nilai utama kami; pengenalan ciri yang telah dipertingkatkan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memacu ke arah kemalangan sifar melibatkan Volvo Trucks,” jelas Peden.

Pakej Keselamatan Aktif merangkumi ciri-ciri keselamatan termaju dan inovatif yang bertujuan membantu pemandu trak mengekalkan fokus mereka ketika memandu di bawah kondisi trafik yang pantas berubah. Pakej Keselamatan Aktif melibatkan ciri-ciri berikut:

  • Stereng dinamik Volvo (Volvo Dynamic Steering) dengan bantuan kestabilan membolehkan sensor trak memantau kelajuan trak dan mengaktifkan sistem untuk membantu pemandu menstabilkan kenderaan jika ia mengesan wujud kemungkinan trak tergelincir,
  • Monitor sokongan (Monitor Back-up) menawarkan pandangan visualyang jelas di bahagian belakang trak ketika mengundur atau memasang trailer pada trak.
  • Sokongan kekal jalan (Lane keeping support) memberi amaran kepada pemandu apabila trak melencong dari garis jalan secara tidak sengaja. Bersama ciri Depart Warning System dengan Lane Keeping Assist, trak akan memberi amaran kepada pemandu serta melakukan pembetulan yang sewajarnya jika trak terus tersasar dari laluan pemanduan.
  • Bantuan amaran pemandu (Driver alert support) merupakan pakej tambahan kepada lane keeping support. Sekiranya pemandu menunjukan tanda-tanda tidak fokus sewaktu memandu, sistem akan mengaktifkan amaran secara audio-visual.
  • Bantuan penukaran laluan (Lane changing support) membantu menghalang kemalangan ketika menukar laluan. Apabila isyarat membelok diaktifkan, lane changing support akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan dalam kawasan titik buta.
  • Kawalan jelajah adaptif (Adaptive cruise control) dengan amaran pelanggaran dan brek kecemasan berfungsi memastikan trak berada dalam jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan. Pemandu akan meneri amaran jika jarak dengan kenderaan hadapan adalah berbahaya. Brek kecemasan akan dikenakan apabila ia tidak menerima sebarang reaksi daripada pemandu.
Volvo Trucks

Dari Kiri: Mitch Peden, Managing Director, Volvo Malaysia; Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin Bin Jaffar, Deputy Minister of Transport; His Excellency Dag Juhlin-Dannfelt, Swedish Ambassador to Malaysia; and Karen Tan, Vice President, Marketing & Business Development, Volvo Malaysia at the launch of Uptime Promise by Volvo Trucks.

 

 

Previous post

UD Trucks Lancar Quester Baharu

Next post

Berapa Harga Proton X70 Terpakai Hari Ini?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *