Promosi / Tawaran / Peraduan

Kunjungi Rumah Terbuka Naza Gaya Raya Hujung Minggu Ini

Naza Automall akan mengadakan Rumah Terbuka Naza Gaya Raya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta promosi penghabisan stok pertengahan tahun yang ditawarkan oleh Naza Motor Trading.

BHP Banner New Mazda

Bermula 15 hingga 16 Jun ini, lebih 100 buah kenderaan pelbagai jenama dan spesifikasi akan dipamerkan di Naza Automall. Orang ramai digesa untuk mengambil peluang ini untuk menikmati penjimatan hebat yang ditawarkan untuk model-model mewah terpilih seperti Mercedes-Benz E250 dan CLS400, Toyota Vellfire dan Alphard, serta Lexus NX 200T.

Selain itu, promosi Hari Raya untuk jenama-jenama di bawah Kumpulan Naza iaitu DS Automobiles, Ducati dan Vespa juga masih berjalan.

Naza Automall - Full - New Arrivals - 7(L)

Pelbagai aktiviti juga akan disediakan untuk seisi keluarga. Ini termasuklah gerai makanan ala bufet, ruang kanak-kanak untuk bermain permainan tradisional Melayu, persembahan muzik ghazal dan yang paling menarik, cabutan bertuah.

Rumah Terbuka Naza Gaya Raya akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6.30 petang sepanjang hujung minggu ini.

Previous post

Mercedes-Benz S560e Plug-in Hybrid Masuk Pasaran Malaysia

Next post

MBPJ Tawar Diskaun Besar-Besaran Untuk Kesalahan Lalulintas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *