Berita Auto

Porsche Macan Premium Package Bakal Dilancarkan di Malaysia

Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan bahawa Porsche Macan Premium Package baharu akan membuat kemunculannya di Malaysia pada 21 Jun ini di Porsche Centre Sungai Besi.

BHP Banner Alignment

Dengan harga bermula dari RM455,000 (termasuk jaminan empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma termasuk alat ganti dan buruh), Macan Premium Package menampilkan pelbagai ciri keselesaan dan mewah tambahan seperti:

  • Tempat duduk boleh laras 14-cara dengan fungsi memori untuk pemandu dan penumpang hadapan
  • Pakej Comfort Lighting
  • Power Steering Plus
  • Park Assist termasuk kamera undur
  • Cermin ‘auto dimming’
  • Sistem audio BOSE

PAP19_0313_fine

Dari segi penampilan, Macan baharu mempunyai bahagian hadapan yang lebih lebar, manakala bahagian belakang menampilkan panel lampu LED tiga dimensi yang digabungkan dengan lampu brek empat-poin.

Empat warna baharu disediakan untuk Macan iaitu Mamba Green Metallic, Dolomite Silver Metallic, Miami Blue dan Crayon. Lampu utama LED didatangkan secara standard manakala lampu Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus) boleh didapati secara pilihan.

Macan baharu juga mendapat sistem Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sentuh HD bersaiz 10.9 inci yang menggantikan skrin 7.2 inci pada model sebelum ini. Seperti Panamera dan Cayenna, antaramuka pengguna boleh diubahsuai mengikut keperluan pemandu. Sistem ini juga menampilkan ciri sambungan telefon pintar, dua antaramuka audio dan ciri kawalan suara.

PAP19_0311_fine

Kuasa didatangkan daripada enjin petrol turbo 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 252 hp dan 370 Nm. Dengan kotak gear klac berkembar PDK tujuh kelajuan, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 225 km/j. Tahap penggunaan bahan api adalah 8.1 l/100 km.

Seperti kereta sports sebenar, Macan dilengkapi dengan saiz tayar bercampur bagi membolehkan pemandu memanfaatkan sepenuhnya sistem Porsche Traction Management (PTM). Diameter roda didatangkan dalam saiz 18 inci standard sehingga 21 inci.

SDAP turut menawarkan pelbagai kelengkapan tambahan dengan Macan. Ini termasuklah stereng sport GT dengan suis mod terbina dan butang Sport, fungsi pemanas pada cermin penghadang angin hadapan dan ioniser udara.

PAP19_0315_fine

Sempena dengan pelancaran laman web pengedar (https://dealer.porsche.com/malaysia) baharu, SDAP juga mengumumkan bayaran bulanan menarik sebanyak RM5,700 untuk Macan baharu menerusi 360 Financing Calculator.

Laman web tersebut membolehkan pelanggan memperoleh maklumat lanjut mengenai kereta baru dan pra-milik, dan merancang pembelian Porsche baru mereka menggunakan alat kalkulator kewangan. Sesi pandu uji dan temu janji servis juga boleh dijadualkan menerusim laman web ini.

Previous post

Proton Catat Jumlah Jualan Tertinggi Dalam 46 Bulan

Next post

Lebih Dari 21,000 Kemalangan Hari Raya Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *