Berita Auto

Porsche Macan Facelift Dilancarkan di Malaysia – RM455k

Porsche Macan facelift telah dilancarkan secara rasmi oleh pengedar sah, Sime Darby Auto Performance (SDAP) dengan harga bermula RM455,000 (termasuk jaminan empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma termasuk alat ganti dan buruh). Ia juga boleh menjadi milik anda menerusi program 360 Financing dengan ansuran bulanan serendah RM5,700.

BHP Banner X70 Terpakai

Macan dikuasakan oleh gabungan ejin petrol turbo 2.0-liter empat silinder dan kotak gear PDK tujuh kelajuan. Dengan hamburan berjumlah 252 hp dan 370 Nm, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 225 km/j. Tahap penggunaan bahan api adalah 8.1 l/100 km.

porsche macan facelift launch 04

Penampilan SUV ini disegarkan menerusi bahagian hadapan yang lebih besar dan panel lampu LED tiga dimensi yang digabungkan dengan lampu brek empat-poin pada bahagian belakang. Ia didatangkan standard dengan lampu LED tetapi pelanggan juga boleh mendapatkan Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus).

porsche macan facelift launch 05

Empat warna baharu disediakan untuk Macan iaitu Mamba Green Metallic, Dolomite Silver Metallic, Miami Blue dan Crayon. Rim pula didatangkan dalam pilihan 18 hingga 21 inci.

porsche macan facelift launch 06

Masuk ke bahagian dalam, sistem Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sentuh HD bersaiz 10.9 inci yang menggantikan skrin 7.2 inci pada model sebelum ini.

porsche macan facelift launch 02

Bagi pasaran Malaysia, Macan didatangkan standard dengan Premium Package yang merangkumi kelengkapan tambahan seperti tempat duduk boleh laras 14-cara dengan fungsi memori untuk pemandu dan penumpang hadapan, pakej Comfort Lighting, Power Steering Plus, Park Assist termasuk kamera undur, cermin pandang belakang ‘auto dimming’ dan sistem audio BOSE.

porsche macan facelift launch 03

Turut ditawarkan adalah pakej tambahan yang merangkumi stereng GT dengan butang Sport, fungsi pemanas pada cermin penghadang angin hadapan dan ioniser udara.

Previous post

Geely Jia Ji MPV, Proton Exora 2020 Dapat Anugerah Eco Terbaik

Next post

Audi A8 TFSI Di Euromobil Hanya RM877k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *