Penyelenggaraan

Alignment Roda Penting Untuk Pemanduan Jarak Jauh

Pernahkah anda terasa kenderaan anda bergerak dengan sendirinya walaupun sedikit, ke kiri atau ke kanan? Jika ya, ini mungkin disebabkan oleh alignment (penjajaran) roda yang lemah.

BHP Banner Alignment

Ini adalah pembetulan yang mudah tetapi perlu segera semasa memandu di dalam hujan atau semasa memandu jarak jauh di lebuh raya. Bukan sahaja penjajaran dibuat untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat, tetapi ia juga akan memanjangkan jangka hayat tayar anda.alignment 2Kenapa Penjajaran Roda Penting Untuk Cuaca Basah

SEMASA kereta anda dipasang, rodanya diselaraskan, diuji dan akhirnya disahkan di kilang. Di dalam kenderaan baru, tidak ada masalah dengan penjajaran roda. Tetapi lama kelamaan, kebanyakan pemandu akan mendapati bahawa roda mereka lari dari penjajaran.

Terdapat pelbagai sebab ini berlaku, kebanyakannya berkaitan dengan keadaan pemanduan.

· Memandu diatas jalan yang tidak terjaga di Lembah Klang boleh menyebabkan penjajaran roda lari.

· Memandu dengan teruk di atas jalan-jalan ini boleh membuat keadaan menjadi lebih teruk.

· Melanggar jalan berlubang dan juga kerb jalan juga boleh menjejaskan penjajaran tayar anda.

Isu penyelarasan roda mungkin tidak jelas pada mulanya tetapi kerosakan masih boleh berlaku. Apabila tayar lari walaupun sedikit daripada penjajaran, ia boleh mempercepatkan wear & tear yang tidak rata pada tayar anda. Ini bermakna tayar anda tidak akan berfungsi sebaik mungkin dan anda mungkin perlu membelanjakan wang supaya tayar itu diganti dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan.alignment 3

Pastikan Roda Anda Sejajar

Terdapat beberapa faedah untuk memasyikan roda anda diselaraskan dengan kerap:

  • Tayar anda akan tahan lebih lama.

     

  • Kenderaan anda akan berjalan lebih lancar.

     

  • Roda anda akan menunju ke arah yang betul, yang bermaksud anda boleh memandu di lebuh raya terbuka tanpa risau.

     

  • Kereta anda akan mengambil sedikit tenaga untuk terus berjalan, yang dapat menjimatkan wang anda di pam petrol.

     

  • Pengendalian kereta anda akan lebih baik dan ia akan menjadi lebih selamat dan anda boleh mengelakkan kejadian seperti dalam gambar di bawah ini.

Malangnya, tidak ada cara yang pasti untuk mengetahui bila tayar anda tidak selaras sehinggalah anda membawa kenderaan anda ke kedai tayar yang dipercayai.

Sekiranya terlalu banyak masa berlalu dan penjajaran menjadi begitu teruk sehingga kereta tidak lagi memandu dalam garis lurus, kerosakan tayar yang teruk sudahpun berlaku.

Inilah sebabnya mengapa kenderaan anda patut diperiksa secara teratur.

alignment 4

 

 

Previous post

Dodge Charger SRT 707hpSekarang Dengan Rupa Baharu

Next post

Lexus NX300 2019 Boleh Mula Ditempah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *