Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Michelin Energy XM2+ Masuk Pasaran Malaysia

Tayar Michelin Energy XM2+ yang hadir dengan slogan: “Your Stopping Superpower” telah dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia.

BHP Banner Renault Triber

Disasarkan kepada golongan belia serta pengguna yang mementingkan aspek kewangan, produk terbaru ini adalah pilihan yang ideal untuk kereta penumpang bersaiz kecil dan sederhana.

Michelin 04

Melalui penggunaan kompaun getah silika 100% yang baharu, Energy XM2+ menawarkan keupayaan jarak pembrekan yang lebih pendek dalam keadaan basah iaitu 1.5 meter menerusi penggunaan tayar baharu, dan 2.6 meter dengan tayar terpakai. Angka-angka ini merupakan perbandingan purata dengan pengeluar tayar premium yang lain.

Michelin 02

Tayar ini juga menawarkan jumlah perbatuan yang 25% lebih tinggi iaitu berbanding tayar-tayar yang diperkenalkan oleh pesaing-pesaing premium yang lain.

Michelin 05

“Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf, manakala tanda ‘X’ hijau yang dibawa daripada produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang ditawarkan.

Michelin 03

Bagi pasaran Malaysia, Energy XM2+ terbaharu boleh didapati di Tyreplus serta wakil-wakil pengedar bertauliah Michelin di seluruh negara menerusi 32 saiz yang berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci.

 

 

Previous post

Porsche 718 Spyder dan 718 Cayman GT4 Kembalikan Enjin 6 Silinder

Next post

UD Trucks Lancar Quester Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *