Berita Auto

Lexus NX300 2019 Dilancarkan

Lexus Malaysia telah melancarkan NX300 (sebelum ini dikenali sebagai NX200t) bagi pasaran tempatan. Boleh didapati di semua bilik pameran Lexus bermula 22 Jun ini, NX akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport.

BHP Banner Filem Tint Tingkap

Penambahbaikan utama yang terdapat pada model 2019 ini adalah Lexus Safety System + (LSS +) yang merangkumi ciri-ciri Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Bantuan Brek Pra-Perlanggaran, Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Belokan Aktif (ACA) dan Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC).

A 219

Selain itu, terdapat juga ciri Amaran Sokongan Parkir dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) yang dapat membantu mengelakkan silau pada kenderaan dari arah bertentangan. Varian F-Sport mendapat tambahan sistem Suspensi Pembolehubah Adaptif (AVS), sementara varian Premium mempunyai ciri Peninjau Titik Buta (BSM) dan sistem Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

A 315

Seperti NX200t, NX300 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter empat-silinder petrol (8AR-FTS) yang menghasilkan 235 hp antara 4,800 rpm hingga 5,600 rpm dan 350 Nm antara 1,650 rpm hingga 4,000 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan Super ECT dengan kawalan Torque Demand yang memberikan maklum balas dan kuasa memecut yang lebih lancar.

A 347

Sistem G-Force Artificial Intelligence (G-AI) memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan dengan membantu memilih kedudukan gear optimum dan corak menurunkan gear sebagai maklum balas kepada G-force semasa, manakala ciri AWD dengan Kawalan Tork Dinamik memberikan kestabilan kawalan dan penjimatan penggunaan bahan api.

A 341

Pemandu juga boleh memilih antara mod pemanduan yang terdiri daripada Normal, ECO dan Sport melalui tombol Drive Mod Select di tengah. Pada varian NX300 F-Sport, mod tambahan Sport S+ turut tersedia.

A 075

Dari segi reka bentuk, NX 2019 kekal dengan tema rekaan Urban Sport Gear, dengan jeriji ‘spindle’ yang merupakan trademark Lexus. Varian  NX300 F-Sport menggunakan jeriji sama namun dengan corak F-mesh berwarna hitam. Lampu isyarat berturutan baru pula menyumbang kepada penampilan terkini yang lebih dinamik.

A 002

Kedua-dua Lexus NX300 Urban dan NX300 Premium menggunakan rim 18-inci aloi dengan kemasan dua tona manakala NX300 F-Sport menerima kemasan Dark Premium Metallic eksklusif dengan saiz tayar yang lebih lebar iaitu 235/55 R18.

A 337

Ruang dalaman disempurnakan lagi dengan kedudukan suis dan butang kawalan yang mudah dicapai. Pusat kawalan sistemnya terletak pada panel paparan lapan-inci yang ada di tengah dengan Antaramuka Sentuhan Jauh (RTI) yang telah berkembang dan lebih mesra pengguna.

A 350

NX 2019 ditawarkan dalam warna Blazing Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. Warna eksklusif Heat Blue CL dan Lava Orange CS pula hanya untuk varian NX300 F-Sport.

A 202

Harga bagi NX bermula dari RM313,888 bagi NX300 Urban, RM333,888 bagi NX300 Premium dan RM349,888 bagi NX300 F-Sport. Semua model baru yang dijual oleh Lexus Malaysia didatangkan dengan tempoh jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Previous post

Pernah Dengar Tentang Tint Tingkap Kenderaan MS2669?

Next post

Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F & CB500X 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *