Berita Auto

Lexus NX300 2019 Boleh Mula Ditempah

Lexus Malaysia kini mula mengambil tempahan awal pra-pelancaran bagi model SUV mewah urban Lexus NX300 2019.

BHP Banner Alignment

Tiga varian ditawarkan bagi NX terbaru ini, iaitu NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport dengan semuanya menerima kemaskini dari aspek kelengkapan untuk menjadikannya lebih menarik dan berbaloi dengan nilai tambah tersendiri.

Kemaskini terpenting yang diberikan pada versi terbaru model NX ini ialah Lexus Safety System + yang terdiri daripada pelbagai ciri keselamatan aktif canggih yang bukan sekadar mampu menghindarkan kemalangan disebabkan kelekaan pemandu, tetapi turut berupaya mengurangkan kesan dan kecederaan pada penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

NXP0023 with background copy

Ciri-ciri yang ditawarkan adalah Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Brek Pra-Perlanggaran, Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Belokan Aktif (ACA), Amaran Sokongan Parkir dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS).

Selain itu, penyerap hentak prestasi atau rod prestasi turut digunakan untuk memantapkan lagi casis. Dibangunkan bersama Yamaha, penyerap hentak berkenaan membantu mengurangkan gegaran dan menghindari kesan yang datang dari permukaan jalan keras yang melalui badan SUV ini.

NXC0401

Secara keseluruhannya, tujuh warna ditawarkan bagi NX 2019 iaitu Blazing Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. Varian F-Sport pula turut didatangkan dalam warna Heat Blue CL atau Lava Orange CS.

Lexus NX diimport sepenuhnya oleh Lexus Malaysia dan ditawarkan dengan jaminan komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan. Sokongan penuh lepas jualan disediakan di tujuh lokasi seluruh Malaysia dan dikendalikan oleh juruteknik profesional yang terlatih.

Berikut adalah harga jualan (tidak termasuk insuran) bagi model ini:

Attachment A - Lexus NX 300 IMP-page-001

 

 

Previous post

Alignment Roda Penting Untuk Pemanduan Jarak Jauh

Next post

Proton Catat Jumlah Jualan Tertinggi Dalam 46 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *