Bisnes

Jualan Honda Jazz Cecah 100,000 Unit di Malaysia

Honda Malaysia hari ini meraikan pemilik Jazz yang ke-100,000 di negara ini dalam satu majlis penyerahan ringkas yang diadakan di Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd, wakil pengedar Honda yang terletak di Seremban.

BHP Banner beg Udara terpakai

“Saya sangat gembira dan terkejut apabila diumumkan sebagai pemilik Jazz yang ke-100,000. Saya mengambil keputusan untuk membeli Jazz kerana saya mencari sebuah kereta kompak untuk perjalanan harian, tetapi tidak sangka saya akan menjadi pemilik Jazz ke-100,000 yang bertuah.” kata Kelvin.

Sebagai pemilik Jazz yang ke-100,000 di Malaysia, Kelvin menerima “Pakej Perlindungan” lengkap yang merangkumi Ultra Body Coating, Ultra Window Coating dan Wheel Lock Nut yang telah diuji dan diperakui oleh Honda Access di Jepun, sebuah jenama tulen yang diiktiraf oleh Honda Accessories. Menurut Honda Malaysia, pakej ini akan ditawarkan di semua pusat pengedar Honda bermula 1 Julai ini.

Bukan itu sahaja, beliau turut diberikan pakej aksesori Mugen secara percuma sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia.

???????????????????????????????

Jazz diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2003 sebagai model CBU. Ia menerima sambutan yang baik daripada pelanggan dengan jualan berjumlah 18,000 unit.

Pada tahun 2012, Honda Malaysia melancarkan Jazz Hybrid versi CKD diikuti dengan Jazz Petrol setahun kemudian. Jumlah jualan bagi kedua-dua model ini mencecah 80,000 unit, menjadikannya antara model hatchback paling popular dalam pasaran tempatan.

Sementara itu, jualan bagi model semasa (generasi ketiga) telah mencecah 75,000 unit setakat Mei 2019. Ini meletakkannya sebagai pendahulu dalam segmen hatchback bukan nasional dengan pegangan pasaran 62%.

Previous post

Maaf Mugen Civic Type R Ini Bukan Untuk Dijual

Next post

Porsche Cayenne Dan Panamera Kena Panggil Balik. Pemilik Recon Amacam?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *