Berita Auto

Honda Malaysia Buka Pusat 3S di Bintulu

Pelanggan Honda di Bintulu kini boleh menikmati perkhidmatan selepas jualan dengan lebih mudah dengan pembukaan pusat 3S baharu oleh Kemena Auto Sdn Bhd.

BHP Banner Kedai Tayar Tipu

Dengan pelaburan berjumlah RM11 juta, pusat yang terletak di atas tanah berukuran 43,560 kaki persegi ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk 10 ruang servis dengan kapasiti menyelenggara sehingga 40 buah kenderaan sehari.

Photo 02

Selari dengan usaha Honda untuk meningkatkan keselesaan pelanggan, Kemena Auto juga menyediakan ruang rehat yang selesa, perkhidmatan Wifi percuma, ruang bermain kanak-kanak, surau serta makanan dan minuman percuma. Perkhidmatan lain seperti basuh kereta, pembaharuan cukai jalan dan perlindungan insurans turut ditawarkan di pusat 3S ini.

Photo 03

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berakata,”Pengembangan di Malaysia Timur bermula empat tahun lalu dan kini kami mempunyai 13 wakil pengedar di Malaysia Timur dengan tujuh daripadanya terletak di Sarawak.”

Photo 05

“Sebagai satu-satunya pengedar di Bintulu, kami percaya bahawa Kemena Auto akan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan luar biasa kepada pelanggan kami di kawasan ini.”

Photo 07

Untuk membuat temu janji atau bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Kemena Auto (Honda 3S Centre) di talian 086-342899 (jualan) atau 086-342599 (servis). Ia beralamat di Lot 14728, Taman Terus, Jalan Tun Hussein Onn, 97000 Bintulu, Sarawak.

 

Previous post

Puspakom Nasihat Jangan Guna Orang Tengah

Next post

Sesi TT VW Beetle Terbesar Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *