Cerita Auto

Ferrari 599, Rosak Sedikit Untuk Dijual Dari Hanya RM6,848

Ferrari termurah di dunia, sebuah coupe 599, ditemui di bandar Dongguan China: ia hanya berharga 250 dolar yang berfungsi sepenuhnya, walaupun agak kotor.BHP Banner cheap Ferrari

Harga yang rendah itu adalah sebab sejarah kereta, yang nampaknya tidak begitu memuaskan.Ferrari-599 cheap 2

Ferrari 599 ini terlibat dalam kemalangan jalan raya, di mana pemandu telah meninggalkan kereta dengan melarikan diri dari tempat kejadian.Ferrari-599 cheap 3

Supercar Ferrari ini kemudian disahkan tidak berinsuran dan tidak berdaftar.

Polis tempatan merampasnya dan baru-baru ini menjualnya di lelongan untuk harga bermula dari hanya USD250, tetapi dengan label “hanya untuk alat ganti atau logam terpakai”.

Ferrari-599 cheap 5

Ada lagi! Datang sekali dengan Ferrari 599 ini, pemilik masa depan juga perlu membayar denda letak kereta yang tidak dibayar sejumlah USD1,400.

Tapi, walaupun dengan pembayaran denda itu sekali, Ferrari 599 ini kekal sebagai unit termurah yang pernah dijual dengan harga USD1,650 (RM6,848.00).

Ferrari-599 cheap 4

 

Previous post

Kia Seltos - SUV Kompak Untuk Pasaran Global

Next post

Tiga Motosikal Kembara Baharu Dari BMW Motorrad Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *