Berita Auto

DS 7 Crossback Dilancarkan Pada Harga RM199,888

Setelah membuat kemunculan sulung di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18), DS 7 Crossback kini dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia.

BHP Banner Axia di Seychelles

Ia boleh didapati pada harga RM199,888 (harga atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan lima tahun/120,000 km, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24-jam dan akses ke SkyLounge NAZA di Subang Skypark.

IMG_9031

DS 7 Crossback menggunakan platform yang sama dengan Peugeot 3008 namun ia tampil dengan rekaan tersendiri yang lebih elegan. Ini ditonjolkan menerusi jeriji DS Wings dengan corak berlian hitam berkilat, lampu DS Active LED Vision dan lampu LED 3D pada bahagian belakang.

IMG_8993

Bagi pasaran Malaysia, model ini didatangkan standard dengan pakej Performance Line yang merangkumi lencana ‘Performance Line’ dan rim Black Onyx bersaiz 19 inci dengan padanan tayar 235/50. Empat warna ditawarkan iaitu Nera Black, Pearl White, Absolute Red dan Platinum Grey.

IMG_9024

Bahagian dalam menawarkan suasana bergaya menerusi penggunaan upholsteri Alcantara berwarna Basalt Black yang dipadankan dengan jahitan Carmine/Gold, serta kemasan kulit pada stereng. Konsol tengah pula menampilkan jam analog B.R.M R180 sebagai sentuhan mewah.

IMG_9012

Antara kelengkapan yang disertakan termasuklah skrin sentuh bersaiz 8 inci yang menyediakan akses kepada sistem infotainmen dengan ciri-ciri Apple CarPlay, Android Auto, MirrorLink dan DS Connect. Sistem audio yang digunakan adalah daripada Focal Electra HiFi dengan 14 pembesar suara.

IMG_9001

DS 7 Crossback dipacu oleh enjin 1.6-liter THP (Turbo High Pressure) dengan hamburan 165 hp pada 6,000 rpm dan 240 Nm dari 1,400 rpm. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, SUV pacuan roda hadapan ini mampu memecut sehingga 220 km/j.

IMG_9020

Dari segi keselamatan, model ini mendapat penarafan lima bintang daripada EuroNCAP. Ia dilengkapi dengan enam beg udara, Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Stability Program (ESP), Emergency Brake Assist (EBS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Anti-skid Regulation (ASR), Dynamic Stability Control (DSC), Driver Attention Warning (DAW) dan Isofix.

IMG_8994

Pada masa yang sama, Naza Euro Motors turut memperkenalkan program DS Only You yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan jenama DS. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah DS At Your Service, DS Assistant, DS Valet, Club DS Privilege dan MyDS App.

IMG_9030

IMG_8986

IMG_9003

IMG_9016

IMG_9011

IMG_8985

 

Previous post

Perodua Axia Kini Di Seychelles

Next post

Pelancaran BMW M2 Competition Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *