Promosi

Tahun Lepas Tun Mahatir Nak Bagi Free Tapi Tuan Punya Kata 50%. Tahun Ini? 20% Saja! Satu Hari Saja!

Perayaan Hari Raya 2019 dibuat lebih ceria apabila pelanggan lebuh raya PLUS dan LPT2 menikmati diskaun 20% pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Awat diskaun 20% saja dan … awat satu hari saja???

BHP Banner Diskaun Tol

Dan mengapa hanya di beberapa lebuh raya dan bukan semua lebuh raya tol yang ada diskaun kecil ini,  kenapa tidak sekurang-kurangnya 3-4 hari bagi mereka yang pergi ke sana ke mari? Kita harapkan keterangan dan kita tunggu jawapan perhubungan awam mereka pada hari-hari yang akan datang.

Diskaun sebanyak 20% yang diberi itu pun tidak cukup untuk bayar kos minuman di restoran Rest & Relax (R & R) lebuh raya untuk keluarga lima anak beranak… contohnya, perjalanan yang disebutkan di bawah ini:

Hari-Raya-20discount-PLUS-3

Jika keluarga lima anak beranak memandu dari Damansara ke utara ke rumah keluarga di Alor Setar, diskaun yang dinikmati kira-kira (RM54.00 x 20%) RM10.80. Tidak cukup untuk membeli 5 minuman di R & R. Ais kosong bolehlah.

Diskaun tol 20% adalah untuk pelanggan kenderaan persendirian yang melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Lebuhraya Utara-Selatan (ELITE) , Lebuhraya Link Kedua-Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur-2 (LPT2) dan Jambatan Pulau Pinang.

Contohnya, jika pelanggan memasuki lebuh raya pada jam 10 malam 1 Syawal tetapi keluar dari lebuh raya pada jam 2 pagi 2 Syawal, pelanggan akan menikmati diskaun.

Walau bagaimanapun, diskaun tidak akan ditawarkan untuk transaksi tol yang dibuat di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua). Diskaun itu juga tidak termasuk pelanggan yang sedang menikmati diskaun tol 20% di Pulau Pinang.

Hari-Raya-20discount-PLUS-2

 

Previous post

Jangan Lupa! Hari Ini (1 Jun) Dan Esok (2 Jun) Pemeriksaan Percuma Perodua

Next post

Audi A6 S-Line Sekarang Di Euromobil Dengan Sistem Hibrid Ringan Dengan Harga RM589,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *