Promosi / Tawaran / Peraduan

Beli Kereta Kia Terpakai Serendah RM8,000 di Kia Pre-Owned Fest

Naza Kia Malaysia akan menganjurkan karnival Kia-Pre Owned Fest bertempat di Naza Automall Petaling Jaya di mana hampir 200 unit kenderaan terpakai ditawarkan pada harga serendah RM8,000.

BHP Banner Toyota C-HR

Dari 28 hingga 30 Jun ini, pelbagai model Kia dari sekecil-kecil Picanto hingga sebesar-besar Sorento boleh didapati dengan harga yang menarik.

Selain itu, model-model terkini Kia seperti Sportage, Sorento dan Stinger akan turut dipamerkan untuk pelanggan melihat dengan lebih dekat.

Kia Stinger Launch

Selain hidangan pelbagai jenis makanan dan minimum, pelbagai aktiviti dan hiburan menarik akan turut diadakan di Kia Pre-Owned Fest. Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan seterusnya membawa pulang hadiah menarik seperti baucar petrol dan membeli-belah serta baucar restoran Dotty’s Pastries & Coffee.

Kia Pre-Owned Fest dibuka dari 9.30 pagi hingga 6 petang. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.kia.com/ atau hubungi talian 1-800-888-542.

 

Previous post

Sama Seperti Insuran Penerbangan, Anda Kini Boleh Membeli Insuran Memandu Minggu Ke Minggu

Next post

Lubang Jalan Diperbaiki Pada Hari Sabtu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *