Gaya Hidup

Waze Kongsi Tips Elak Trafik Sesak Sepanjang Ramadan

Ramadan adalah bulan kesabaran. Walaubagaimanapun, ia juga boleh menjadi sangat mencabar dan meletihkan, terutamanya apabila berhadapan dengan lalu lintas yang sesak. Setelah seharian berpuasa, terperangkap di dalam kesesakan trafik ketika dalam perjalanan balik untuk buka puasa adalah sesuatu yang paling tidak diingini.

BHP Banner Kin's Auto

Oleh itu, Waze telah mengeluarkan garis panduan trafik yang boleh membantu anda merancang perjalanan sepanjang bulan penuh mulia ini:

Waktu sesak ke tempat kerja

traffic-843309_1280

Waze menjangkakan bahawa keadaan lalu lintas ke tempat kerja lebih sesak berbanding trafik dalam perjalanan pulang ke rumah. Trafik dijangkakan sesak antara 8 pagi hingga 11 pagi pada hari bekerja dan hanya akan pulih sekitar 3 petang. Mereka yang bangun awal pagi untuk bersahur disarankan untuk memulakan perjalanan ke tempat kerja sebelum 8 pagi.

Waktu terbaik dan terburuk untuk mengunjungi restoran makanan segera

french-fries-1851143_1280

Sepanjang Ramadan, bila-bila masa selepas 9 malam dianggap sebagai waktu terbaik untuk mengunjungi restoran makanan segera, terutamanya dari tengah malam hingga 5 pagi. Waktu terburuk pula adalah antara 4 petang hingga 7 petang kerana pada waktu ini orang ramai sedang bersiap-sedia untuk berbuka.

Waktu terbaik dan terburuk untuk mengunjungi pusat beli-belah

architecture-2557567_1280

Setiap kali Ramadan, pusat-pusat beli-belah akan dipenuhi pengunjung yang datang untuk membeli-belah dan menjamu selera. Waktu sesak di pusat beli-belah adalah antara 12 tengahari hingga 4 petang dan akan menjadi lebih sesak dari 5 petang hingga 6 petang. Mereka yang ingin membeli-belah disyorkan untuk ke pusat beli-belah pukul 7 petang ke atas.

Waktu terbaik dan terburuk untuk mengunjungi bank

atm-2923515_1280

Semasa bulan Ramadan, trafik menuju ke bank-bank di seluruh Malaysia berubah sepanjang hari. Dari 7 pagi hingga 9 pagi, jumlah orang ramai yang mengunjungi ATM meningkat. Bagaimanapun, trafik menuju ke bank akan meningkat selepas pintu dibuka secara rasmi pada 9.30 dan akan menjadi lebih sesak antara 12 tengahari hingga 3 petang. Jika anda ingin mengeluarkan wang dari ATM, lakukannya selepas pukul 4 petang.

Waktu terbaik dan terburuk untuk mengisi minyak

fuel-1596622_1280

Jika anda ingin mengisi minyak, lakukannya seawal jam 8 pagi bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan. Jumlah pengunjung akan meningkat selepas 9 pagi dan akan menjadi lebih sibuk semasa waktu puncak iaitu antara 3 petang dan 6 petang kerana orang ramai ingin mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang. Jika anda ingin mengisi minyak selepas waktu bekerja, 7 petang ke atas adalah waktu yang terbaik.

Previous post

Pandu Uji Ringkas: Toyota Yaris 1.5G

Next post

Pandu Uji Mitsubishi dan Menangi Makan Malam Bersama Izzue Islam dan Amyra Rosli

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *