Cerita Auto

VOTY 2019//Trak Pikap – Ford Ranger Raptor

Trak pikap merupakan antara kategori yang paling mudah untuk kami adili bagi acara tahun ini. Ini kerana kemunculan Ford Ranger Raptor baharu terus menenggelamkan pesaing-pesaingnya. Sekali imbas, kami tahu Ranger Raptor adalah model yang istimewa dan sukar untuk disaingi. Sudah tentu, anda perlu membayar harga yang agak tinggi untuk trak pikap sehebat ini.

Ford Ranger Raptor

Dari bahagian luaran hingga dalaman, banyak perkara yang membuatkan jentera ini berbeza dengan trak pikap yang lain. Dengan gerbang roda yang lebar serta tempat duduk bucket dengan balutan suede dan penanda merah pada stereng, tidak ada trak pikap standard kilang yang lebih sporty daripada ini.

Ford Ranger Raptor

Selain enjin yang berkuasa, sistem suspensi Fox Racing Shox dan pegas gegelung pada bahagian belakang memberikan Ranger Raptor kelebihan di laluan off-road jika dibandingkan dengan trak pikap yang lain.

Enjin: diesel BiTurbo empat silinder
Kapasiti: 1,996 cc
Kuasa: 213 PS @ 3,750 rpm
Tork: 500 Nm @ 1,750-2,000 rpm
Transmisi: automatik 10 kelajuan
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM199,888

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019//Reka Bentuk Kenderaan - Proton X70

Next post

VOTY 2019//Hot Hatch - Honda Civic Type R

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *