Berita Auto

VOTY 2019//Supercar – Mercedes-AMG GT C

Bagi kategori ini, kami mencari model yang terbaik, yang menjadi idaman ramai dan mampu membuatkan sesiapa sahaja teruja. Mercedes-AMG GT C adalah pemenang yang layak kerana ia mengambil model GT S yang memenangi anugerah ini pada tahun lalu, dan menjadikan segalanya lebih baik.

IMG_4425

Apa yang lebih menarik, GT C sebenarnya mempunyai lebih banyak persamaan dengan GT R bukan sahaja dari segi penampilan, malah kelengkapan. Ini termasuk kehadiran sistem kawalan stereng empat roda, Limited-Slip Differential elektronik, suspensi sport AMG Ride Control dan cagak enjin dinamik.

IMG_4450

Dengan 557 PS dan 680 Nm yang dipacu ke gandar belakang menerusi transmisi automatik 7 kelajuan, ia hanya memerlukan 3.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan boleh mencapai kelajuan 316 km/j. Sejujurnya, angka-angka ini tidak penting kerana apabila memandunya, ngauman V8 itu yang membuatkan kami tersenyum sepanjang masa.

Enjin: V8 Biturbo
Kapasiti: 3,982 cc
Kuasa: 557 PS @ 5,750 rpm
Tork: 680 Nm @ 2,100 rpm
Transmisi: Automatik klac berkembar 7 kelajuan
0-100 km/j: 3.7 saat
Kelajuan maksimum: 316 km/j
Harga: RM1,495,888

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019//Hot Hatch - Honda Civic Type R

Next post

VOTY 2019//Kereta Sport - Jaguar F-Type

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *