Cerita Auto

VOTY 2019 Sedan Kompak Toyota Vios

Walaupun trend pasaran sedang beralih ke arah kenderaan yang tinggi seperti SUV dan crossover, masih banyak permintaan untuk sedan terutamanya untuk yang bersaiz kompak kerana percaya atau tidak, ia masih mampu memenuhi keperluaan ramai pemandu di luar sana.

Toyota Vios

Pemenang kali ini iaitu Toyota Vios dipilih bukan sahaja kerana ia bukan sahaja tampil lebih menarik berbanding versi terdahulu, malah senerai kelengkapannya juga telah dipertingkatkan dan ini adalah satu berita baik bagi mereka yang inginkan lebih tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu tinggi.

Toyota Vios

Prestasinya juga boleh dikatakan lebih baik. Tidak pasti apakah peningkatan atau talaan yang telah dilakukan, namun transmisi CVT jelas lebih responsif dan cepat bertindak balas terhadap input pada pendikit. Tahap NVH juga telah ditambah baik dan perkara ini diakui oleh para juri.

Enjin: DOHC Dual VVT-i
Kapasiti: 1,496 cc
Kuasa: 107 hp @ 6,000 rpm
Tork: 140 Nm @ 4,200 rpm
Transmisi: CVT
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM88,300

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 Crossover Kompak Perodua Aruz

Next post

VOTY 2019 Sedan Mewah BMW 6GT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *