Cerita Auto

VOTY 2019 Kereta Kompak Mercedes-Benz A250

Mercedes-Benz A-Class generasi baharu hadir dengan reka bentuk yang lebih garang dan menarik, terutamanya pada bahagian hadapan di mana ia kelihatan seperti binatang yang sedia untuk menerpa mangsanya. Bagaimanapun, bahagian belakang kelihatan terlalu ‘biasa’ untuk sebuah hatchback premium yang berharga lebih suku juta Ringgit.

IMG_3784

Tidak dinafikan, A-Class mempunyai rekaan ruang kabin yang terbaik dalam kelasnya. Gabungan reka bentuk stereng yang lebih moden, corong udara turbin dan kemasan hitam berkilat memberikan model ini suasana kabin mewah yang pastinya disukai oleh golongan muda yang merupakan sasaran utama A-Class. Skrin yang besar memaparkan maklumat dan sistem infotainment dengan begitu cantik dan jelas.

IMG_3724

Namun jangan sangka kereta bergaya ini tidak boleh beraksi di jalan raya. Dengan 224 hp dan 350 Nm, varian A250 mampu menundukkan mana-mana pesaing terdekatnya dengan begitu mudah. Ia mungkin dibangunkan untuk kawasan urban, namun hatchback ini bersedia untuk dilenjan sama ada di jalan yang lurus atau laluan berliku bila-bila masa sahaja.

Enjin: Turbo empat silinder sebaris
Kapasiti: 1,991 cc
Kuasa: 224 hp @ 5,500 rpm
Tork: 350 Nm @ 1,800 rpm
Transmisi: automatik klac berkembar 7 kelajuan
0-100 km/j: 6.2 saat
Kelajuan maksimum: 250 km/j
Harga: RM263,888

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 Sedan Mewah BMW 6GT

Next post

VOTY 2019 Hibrid Nissan X-Trail

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *