Cerita Auto

VOTY 2019//Hot Hatch – Honda Civic Type R

Mendengar nama ‘Civic Type R’ sahaja sudah cukup untuk membuatkan mana-mana peminat kereta teruja, termasuk kami. Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan rekaannya yang dianggap sebagai keterlaluan atau ‘over the top’, jentera ini asih mampu mecuri perhatian orang ramai dengan spoiler belakangnya yang besar dan susunan muncung ekzos yang unik.

Honda Civic Type R

Seperti sebelum ini, Civic Type R tampil dengan kabin yang didominasi oleh warna merah yang garang. Kerusi ‘bucket’ yang digunakan bukan sahaja memberikan sokongan yang baik ketika mengambil selekoh, malah cukup selesa untuk perjalanan jauh. Suspensi belakang juga dirasakan lebih selesa berbanding model FD2R.

Honda Civic Type R

Enjin VTEC Turbo mungkin tidak sekasar enjin NA K20A yang digunakan pada model tersebut, namun ia masih mampu mengukir senyuman di muka penulis setiap kali pendikit ditekan. Dipadankan pula dengan transmisi manual yang mempunyai ciri ‘rev matching’, hot hatch ini mampu memberikan pengalaman pemanduan unik yang tidak dapat ditiru oleh transmisi automatik.

Enjin: DOHC VTEC Turbo
Kapasiti: 1,996 cc
Kuasa: 310 PS @ 6,500 rpm
Tork: 400 Nm @ 2,500 rpm
Transmisi: Manual 6 kelajuan
0-100 km/j: 5.8 saat
Kelajuan maksimum: 272 km/j
Harga: RM301,900

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019//Trak Pikap - Ford Ranger Raptor

Next post

VOTY 2019//Supercar - Mercedes-AMG GT C

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *