Berita Auto

Volvo Car Malaysia Lancar Kempen #SafeDrive

Sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang serta ulang tahun ke- 60 inovasi tali pinggang keselamatan dalam kenderaan, Volvo Car Malaysia telah melancarkan kempen #SafeDrive yang bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan menggunakan tali pinggang keselamatan ketika di dalam kenderaan, terutama sekali bagi penumpang di belakang.

BHP Banner Syahpadu

Tali pinggang keselamatan kenderaan diperkenalkan oleh jurutera Volvo, Nils Bohlins pada tahun 1959 dan menjadi inovasi keselamatan paling penting yang ada pada kereta. Menyedari kepentingan itu, Volvo Cars menyerahkan paten alat berkenaan agar ia juga boleh dimanfaatkan oleh pengeluar kenderaan yang lain — berdasarkan data yang dikumpul oleh Volvo Cars sejak 1960an, dijangkakan lebih daripada sejuta nyawa telah berjaya diselamatkan melalui penggunaan alat berkenaan.

“Volvo akan terus memperkenalkan inovasi terkini bagi keselamatan kenderaan, tetapi kali ini kita akan kembali memanfaatkan teknologi paling asas — kami bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap peri pentingnya penggunaan tali pinggang keselamatan. Saya percaya peningkatan penggunaan alat ini oleh semua penumpang akan dapat membantu mengurangkan jumlah kecederaan dan kemalangan maut di negara ini,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Berdasarkan data yang dikumpul oleh MIROS pada tahun 2017, secara puratanya 16 kematian jaan raya direkodkan sehari ketika bulan Ramadan dan Syawal; ini suatu angka yang sangat membimbangkan. Satu cara paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan statistik ini ialah dengan memastikan semua orang, termasuk penumpang di belakang, menggunakan tali pinggang keselamatan yang tersedia dengan cara yang betul.

Bagi mendapatkan pendedahan maksimum, mesej kempen ini akan disiar dan dihebahkan melalui perlbagai saluran, seperti radio, akhbar, laman sesawang, platform media sosial serta cawangan pengedar sah jenama berkenaan.

Volvo Cars secara aktif telah mengumpulkan data kemalangan jalan raya sejak 40 tahun lalu. Baru-baru ini, Volvo Cars mengumumkan Project EVA (Equal Vehicles for All), membolehkan mana-mana pengeluar kenderaan lain untuk menggunakan data kaji selidik yang telah dilakukan itu untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat. Ini selari dengan keyakinan jenama itu bahawa keselamatan adalah untuk semua.

Previous post

BMW dan MINI Malaysia Perkenal Program Lanjutan 1 Tahun Servis dan Pembaikan

Next post

DHCV Mula Operasi CKD Tata Motors di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *