Cerita Auto

Volkswagen Tunjuk Lakaran Golf Mk8

Volkswagen secara diam-diam telah mendedahkan lakaran rasmi bagi Golf generasi kelapan yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Lakaran-lakaran tersebut sebenarnya tersembunyi di dalam dokumen PDF mesyuarat agung tahunan jenama itu.

BHP Banner Code Life

Oleh kerana gambar-gambar intipan Golf Mk8 pernah didedahkan sebelum ini, lakaran luaran ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia kelihatan tidak jauh berbeza dengan model sedia ada, kecuali bentuk lampu hadapannya yang sedikit berlainan.

Sementara itu, lakaran bahagian dalaman yang diperlihatkan buat pertama kali mendedahkan ruang kabin yang lebih moden dan berteknologi tinggi dengan penggunaan kluster instrumen digital sepenuhny.a Jumlah butang fizikal juga dikurangkan dengan kebanyakan fungsinya diintegrasikan ke dalam skrin sentuh sistem infotainmen.

2020-vw-golf-teaser

Bukan itu sahaja, ruang konsol tengah turut diperkemaskan dan kini menampilkan tombol gear kecil dan beberapa butang fizikal termasuk brek parkir elektronik. Ruang kosong di bawah corong pendingin hawa mungkin mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar.

Lebih menarik lagi, terdapat sebuah skrin kecil atau panel sentuh di bahagian kiri kluster instrumen. Ia mungkin digunakan untuk menggantikan suis lampu utama yang telah digunakan dalam model-model keluaran Volkswagen Group sejak sekian lama.

Previous post

Malas Keluar Shopping? Beli Online. Sekarang Shopee Pun Jual Motosikal Dan Kereta Online!

Next post

PSA Group Mungkin Beli Jaguar Land Rover

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *