Hibrid & Elektrik

Volkswagen Terima Lebih 10,000 Tempahan Bagi ID.3 1ST

Volkswagen melaporkan bahawa mereka telah menerima lebih 10,000 pendaftaran dari serata Eropah bagi model elektrik edisi terhad ID.3 1ST dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dibuka.

BHP Banner Tali Keledar Volvo

Maklum balas itu merupakan sesuatu yang diluar jangkaan, apatah lagi Volkswagen hanya akan menawarkan 30,000 unit model tersebut.

Menurut syarikat itu lagi, ada masanya sistem IT  mereka tidak dapat mengendalikan sejumlah besar pengguna yang mengakses sistem pada masa yang sama. Ini membawa kepada masa menunggu yang lama dan gangguan dalam proses pendaftaran di sesetengah pasaran.

?????????????????????????????????????????????

Pelanggan yang berminat boleh membuat pendaftaran di http://www.volkswagen.com/id-prebooking dengan pembayaran deposit sebanyak €1,000 (RM4,675). Model edisi istimewa ini menawarkan tahap prestasi lebih tinggi berserta senarai kelengkapan yang komprehensif.

ID.3 1ST mempunyai jarak pemanduan sejauh 420 km mengikut kitaran WLTP. Berbeza dengan model asas ID.3 yang akan ditawarkan pada harga kurang dari €30,000 (RM140,278), ID.3 1ST akan dijual pada harga sekitar €40,000 (RM187,038).

?????????????????????????????????????????????

Bukan itu sahaja, pembeli ID.3 1ST juga akan mendapat perkhidmatan pengecasan percuma selama setahun atau sehingga 2,000 kWh di semua pusat pengecasan awam. Pemasangan model ini akan bermula pada akhir tahun ini manakala penyerahan dijangka bermula pertengahan 2020.

ID.3 merupakan model pertama Volkswagen yang menggunakan platform Modular Electric Drive Toolkit (MEB). Pelancarannya akan disusuli dengan model-model lain yang diinspirasikan oleh konsep-konsep seperti ID.CROZZ, ID.VIZZION dan ID.ROOMZZ.

Previous post

Perodua Giat Agresif Dalam Kempen Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

Next post

Geely Xing Yue Diperkenalkan Dengan 3 Pilihan Enjin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>