Berita Auto

Toyota Avanza 2019 Dilancarkan

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa Toyota Avanza 2019 kini mula dijual di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.5E, 1.5S dan 1.5S+. Varian 1.5G telah dihentikan jualannya manakala varian 1.5S+ menggantikan 1.5X sebelum ini.

BHP Banner Plus JPJ CR-V

Avanza kini menampilkan reka bentuk lebih moden dengan lampu Bi-LED bertingkat, kemasan krom pada skirt sisi, antena sirip yu dan spoiler belakang yang lengkap dengan lampu brek ketiga LED. Setiap varian mendapat rim 15 inci dengan kemasan cerah untuk 1.5E dan dua tona untuk 1.5S dan 1.5S+. Tayar ganti turut didatangkan dalam saiz yang sama.

BI-LED Headlamp

Bahagian dalaman pula mengutamakan keselesaan dan kemudahan untuk penumpang. Antara ciri yang ada termasuklah upholsteri fabrik dengan perincian merah, sistem penyaman udara digital dengan penapis udara, ruang simpanan cermin mata di atas cermin pandang belakang serta dua port USB.

AACP

Bergantung pada varian, Avanza turut mendapat skrin sentuh TFT bersaiz 6.75 dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, serta butang kawalan audio pada stereng. Kluster instrumen menampilkan perincian berwarna merah pada varian 1.5S dan 1.5S+, atau biru bagi 1.5E.

Interior

Avanza dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5-liter empat silinder yang menghasilkan 105 PS dan 136 Nm pada 5,200 rpm. Enjin Dual VVT-i ini dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Side-shot

Bagi mengurangkan kadar NVH, Avanza menggunakan bahan penebat bunyi pada bahagian sisi kabin, selain material urethane pada bahagian-bahagian tertentu bagi mengurangkan bunyi dari transmisi dan differential. Kerjasama antara Toyota dan pembekal tayar juga membolehkan bunyi bising dari tayar dikurangkan sebanyak 1.5dB.

Digital Air-cond

Dari segi keselamatan, terdapat dua beg udara, ABS dan EBD. Varian 1.5S+ mendapat Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Rearseat_entertainment_R02

Harga jualan (tidak termasuk insurans) bagi setiap varian adalah seperti berikut:

  • Avanza 1.5E – RM80,888
  • Avanza 1.5S – RM83,888
  • Avanza 1.5S+ – RM87,888

Avanza Lake

Empat warna ditawarkan iaitu Dark Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic, White, dan Black Metallic.

 

 

Previous post

Mengapa Honda CR-V Dan Bukan Trak Pikap

Next post

Mengupas BMW 1-Series

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *