Cerita Auto

Subaru XV GT Edition Dilancarkan di Malaysia

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, telah memperkenalkan Subaru XV GT Edition yang dijual pada harga RM130,788.

BHP Banner

Model edisi istimewa ini merupakan hasil kerjasama antara syarikat kejuruteraan terkenal Giken Co. Ltd. dan Masahiko “Jack” Kobayashi yang merupakan bekas ketua pereka (Ketua Global Advanced Design Studio) di Subaru Corporation. Beliau bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk untuk lebih 12 model produksi Subaru, termasuk WRX STI.

Subaru XV GT Edition 04

XV GT Edition didatangkan dengan kit badan yang merangkumi empat elemen iaitu sambungan lip bampar hadapan, skirt sisi, spoiler bumbung dan sambungan bampar belakang. Penampilan yang lebih ranggi ini dilengkapkan dengan kehadiran rim aloi bersaiz 17 inci.

Subaru XV GT Edition 03

Bahagian kabin pula menampilkan karpet tersendiri serta tempat duduk kulit yang direka dengan inspirasi daripada kabin jentera Grand Tourer dari Jerman dan Britain. Selain itu, terdapat juga sistem Dual Side View Monitor yang memaparkan pandangan dari kamera pada cermin sisi.

Subaru XV GT Edition 02

Dengan varian 2.0i-P sebagai asas, XV GT Edition mengekalkan enjin boxer 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 154 hp dan 196 Nm.

 

Previous post

Lebuhraya Pantai Barat Runtuh

Next post

BMW dan MINI Malaysia Perkenal Program Lanjutan 1 Tahun Servis dan Pembaikan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *