Berita Auto

Setia Auto Drive Buka Pusat 3S Proton di Seremban

Setia Auto Drive Sdn Bhd telah dibuka secara rasmi sebagai cawangan pengedar 3S Proton yang mempamerkan warna Identiti Korporat (CI) baharu.

BHP Banner Proton X70

Majlis telah dirasmikan bersama-sama oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Barisan Pengarah Setia Auto Drive dan ahli pengurusan kanan Proton turut hadir di majlis pelancaran tersebut.

???

Dibangunkan dengan kos pelaburan hampir RM3 juta, cawangan ini terletak di Taman Perindustrian Galla yang oleh dilalui dari lebuh raya PLUS. Ia terletak hanya 5 minit dari Plaza Tol Bandar Ainsdale dan keluar dari Seremban-Labu. Cawangan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, ruang untuk mengecas komputer riba dan ruang menunggu yang selesa.

Setia Auto Drive showroom

Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, cawangan ini turut dilengkapi dengan enam petak penyelenggaraan, enam servis pengangkat, sembilan kakitangan jualan yang berdedikasi dan lapan kakitangan servis.

Setia Auto Drive_bays

Sehingga kini, Proton mempunyai 79 cawangan 3S/4S di seluruh negara untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman jualan dan servis yang optimum. Cawangan-cawangan ini telah dinaiktaraf dalam memastikan ia selari dengan keperluan identiti korporat terkini.

Previous post

Promosi Hari Raya Volkswagen Tawar Penjimatan Sehingga RM15,000

Next post

Mercedes-AMG GT 4-door Coupé: RM1,798,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *