Undang - Undang

Graduan Sekolah Memandu Kurang Mantap

Dan ini adalah fakta sama ada anda suka atau tidak. Generasi baru pemandu di jalan raya hari ini keluar dari sekolah memandu cepat dan banyak sekali, macam goreng pisang kerana sekolah memandu Malaysia mendapat keuntungan besar tanpa bekerja keras untuk menghasilkan pemandu yang terbaik.

BHP Banner

Ok, kita harus bersikap adil, BUKAN SEMUA sekolah memandu sebegini, tetapi melihat kepada jumlah kemalangan yang tinggi yang melibatkan generasi muda di seluruh negara, kita tidak boleh lari dari melihat kepada kualiti pendidikan pemandu yang diajar kepada pemuda kita.

driving-school-2

Saya (Daniel Fernandez) diajar memandu oleh mendiang bapa saya. Seorang pengemar kereta dan suka memandu. Dia sentiasa menegaskan bahawa saya belajar bagaimana untuk:

  • Menggunakan lampu isyarat saya, kerana syarikat kereta bersusah payah menyediakannya.
  • Gunakan hon, kerana ia datang dengan stereng.
  • Hormati had kelajuan di kawasan bandar, kerana kita hidup berbahagia dengan jiran-jiran kita.
  • Gunakan tali pinggang keledar kerana kita pun sudah bayar untuknya apabila kami membeli kereta.
  • Gunakan lampu di waktu fajar dan waktu senja kerana ianya sudah disediakan.
  • Hormati undang-undang trafik kerana kita adalah rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang dan kita hargai kebebasan.
  • Kita berhati-hati akan motosikal dan pejalan kaki dan kita janganlah lalai – 35 tahun yang lalu tidak ada telefon bimbit dan kabin kereta yang bercakap untuk menarik perhatian anda daripada jalan raya.
  • Fahami pemandu lain berdekatan anda dan awasi pergerakan roda mereka untuk meramalkan langkah seterus mereka di jalan raya.
  • Dan yang paling penting … belajar pandang jauh ke hadapan kepada pengguna jalan raya lain. Perhati tingkah laku memandu mereka untuk mengelakkan kemungkinan kemalangan.
  • Dan setiap hari Ahad, bukalah hud enjin kita dan belajar penyelenggaraan enjin asas, seperti memeriksa semua cecair, bateri, bilah pengelap dan kemudian … bersihkanlah kabin anda dan buanglah barang-barang yang tidak diingini.

Petua penyelenggaraan asas kereta di atas harus menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan pemandu BAHARU di Malaysia dan banyak lagi. Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah mula memantau pelatih sekolah memandu dan memastikan mereka memberi pendidikan jalan yang betul dan TIDAK menerima rasuah daripada pelajar untuk lulus dan mendapatkan lesen mereka untuk membunuh atau, dibunuh di jalan raya. Kenyataan yang agak keras ya, saya tahu, tetapi ini adalah fakta! driving-school-3

 

Previous post

Suzuki Swift Sport Katana Diinspirasikan Oleh Motosikal Lagenda

Next post

Aplikasi Boost Kini Diterima di 800 Stesen Shell Seluruh Negara

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *