Cerita Auto

Rangkaian Volkswagen ‘Sound & Style’ Diperkenalkan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan tawaran terbaru mereka iaitu rangkaian ‘Sound & Style’.

BHP Banner Defender

Ideal untuk pemandu yang gemar mendengar muzik, rangkaian ‘Sound & Style’ merupakan satu pakej aksesori yang ditawarkan pada Golf R-Line, Passat Comfortline, Passat Highline dan Tiguan Highline.

Aksesori utama rangkaian ini adalah soundbar berkapasiti 300W yang dihasilkan oleh pakar audio hi-fi dari Jerman iaitu HELIX. Dipasang pada ruang kargo kereta, soundbar tersebut terdiri daripada sebuah amplifier 5-saluran yang diintegrasikan dengan sebuah pemproses bunyi dan subwoofer.

HELIX 300W Soundbar by German hi-fi audio specialist installed in the luggage compartment of the cars

Ia merupakan tambahan kepada sistem bunyi 8 pembesar suara yang sedia ada di dalam kereta dan didatangkan dengan kaliberasi profil bunyi yang tepat berdasarkan model.

Selain itu, model rangkaian ‘Sound & Style’ turut menerima pedal sports aluminium, plat pemijak kaki sisi aluminium dan lapisan filem VW Tint.

1. Passat Comfortline Sound & Style – RM188,690

Pilihan warna: Deep Black, Pure White, Reflex Silver

Didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar, pedal sports aluminium, rim aloi Dartford bersaiz 18” dan VW Tint yang semuanya bernilai RM12,000.

2. Passat Highline Sound & Style – RM211,390

Pilihan warna: Deep Black, Manganese Grey, Pure White, Reflex Silver

Didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar, pedal sports aluminium, pemijak kaki sisi aluminium, rim aloi Verona bersaiz 19” dan VW Tint yang semuanya bernilai RM16,000.

3. Tiguan Highline Sound & Style – RM174,990

Pilihan warna: Atlantic Blue, Deep Black, Pure White, Indium Grey, Tungsten Silver

Dipasang dengan HELIX 300W Soundbar, kemasan krom pada trunk, hujung ekzos krom, spoiler belakang berwarna hitam dan VW Tint yang semuanya bernilai RM9,000.

4. Golf R-Line Sound & Style – RM177,390

Pilihan warna: Atlantic Blue, Deep Black, Indium Grey, Pure White, White Silver Metallic. Turmeric Yellow

Dipasang dengan HELIX 300W Soundbar dan VW Tint yang bernilai RM4,000.

 

 

 

Previous post

Gambar Land Rover Defender Bocor

Next post

Kia Akan Perkenal SUV Kompak Untuk Golongan Milenial

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>