Berita Auto

Pusat Servis Toyota Baharu Dibuka di Taman Petaling Utama

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin ramai, UMW Toyota Motor telah membuka pusat 2S (servis dan alat ganti) baharu di Taman Petaling Utama, sebuah kawasan berkembang yang terletak di antara Petaling Jaya, Puchong dan Kinrara.

BHP Banner

Kemudahan terbaru ini dioperasikan oleh Laser Motor Sdn Bhd, yang telah menjadi pengedar sah Toyota sejak 16 tahun lalu dengan sebuah bilik pameran di Bangsar, Kuala Lumpur. Sejak itu, Laser Motor telah mengembangkan operasinya yang kini merangkumi sebuah outlet di Seremban yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan serta cat dan badan (Body & Paint).

???????????????????????????????

Terletak di No 30E, Jalan PJS 1/46, PJS 1, Taman Petaling Utama, pusat ini mempunyai 14 ruang servis yang dikendalikan oleh 13 juruteknik terlatih.

???????????????????????????????

Selain itu, ia juga mempunyai ruang menunggu yang luas dan selesa di mana pelanggan boleh berehat sambil menunggu kenderaan mereka siap diservis. Perkhidmatan Wifi percuma serta ruang permainan kanak-kanak juga disediakan.

???????????????????????????????

“Kami memuji Laser Motor Group atas inisiatif mereka untuk meningkatkan kemudahan mereka di dalam rangkaian Toyota di Malaysia. Dengan lebih banyak outlet di lokasi strategik, pelanggan tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang berkualiti,” kata Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

Previous post

Perodua Lancar Laman Hijau

Next post

Harley-Davidson Iron 1200 Sportster Kini di Malaysia - Dari RM74k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *