Cerita Auto

Porsche Cayenne S Coupe Diperkenalkan

Porsche telah memperkenalkan Cayenne S Coupe, varian pertengahan yang diposisikan di antara varian asas dan varian Turbo. Ia dikatakan varian paling sesuai bagi mereka yang mahukan lebih kuasa tanpa perlu membayar harga yang terlalu tinggi.

BHP Banner Mazda3 safety

Cayenne S Coupe dikuasakan oleh enjin twin-turbo 2.9-liter V6 yang menjana 434 hp dari 5,700 hingga 6,000 rpm, dan 549 Nm dari 1,800 hingga 5,500 rpm. Untuk perbandingan, Cayenne Coupe mempunyai 335 hp/450 hp manakala Cayenne Turbo Coupe mempunyai 541 hp/770 Nm.

porsche-cayenne-s-coupe (1)

Dengan kotak gear automatik Tiptronic S lapan kelajuan dan pacuan semua roda, ia boleh memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 4.7 saat (4.6 saat dengan pakej Sport Chrono). Kelajuan maksimum adalah 264 km/j.

porsche-cayenne-s-coupe (3)

Cayenne S Coupe juga mempunyai kelengkapan standard yang berlainan jika dibandingkan dengan Cayenne S. Ia didatangkan dengan pakej Sport Chrono, rim aloi 20 inci, kerusi sport dengan pelarasan lapan cara, bumbung kaca panoramik dan susun atur tempat duduk 2+2. Pelanggan bagaimanapun boleh mendapatkan tempat duduk ketiga tanpa sebarang kos tambahan.

porsche-cayenne-s-coupe (2)

Selain itu, ia juga boleh didapati dengan pakej Lightweight Sport yang merangkumi kit badan, bumbung gentian karbon, rim GT 22 inci yang diperbuat daripada aluminium dan upholsteri fabrik Houndstooth.

Previous post

Mazda3 2019 Peroleh Penilaian Keselamatan Tertinggi

Next post

Volvo Cars Mengambil Berat Tentang Keselamatan Anda Di Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *