Promosi / Tawaran / Peraduan

Pemenang-Pemenang Peraduan “BHPetrol Menang RM300K” Terima Ganjaran

Pemenang-pemenang peraduan pertandingan” BHPetrol Menang RM300K” menerima hadiah lumayan mereka di majlis khas yang diadakan di The Royale Chulan Damansara Hotel, Petaling Jaya. Peraduan yang diadakan dari 20 Januari hingga 31 Mac 2019 menyaksikan sambutan hebat daripada orang ramai dengan hampir dua juta penyertaan diterima. Ia dianjurkan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan di atas sokongan mereka kepada BHPetrol sepanjang tahun ini.

BHP-Banner Contest

Pemenang hadiah menerima hadiah wang tunai mereka dari En. KT Tan, Pengarah Urusan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) pada upacara tersebut. Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM300,000 kepada 104 pelanggan bertuah. Pemenang Hadiah Utama memenangi wang tunai RM100,000 diikuti oleh 1 pemenang wang tunai RM50,000, 1 pemenang wang tunai RM30,000 dan 1 pemenang wang tunai RM20,000. 100 pemenang memenangi wang tunai RM1000 setiap satu.

Pemenang turut menjadi anggota BHPetrol eCard dan dianugerahkan dengan jumlah mata bonus tambahan sehingga 700,000 ePoint yang boleh ditebus untuk barangan menarik termasuk bahan api.

“Sejak hari pertama peraduan, kami telah menerima sambutan yang luar biasa dari para pelanggan kami. Berdasarkan bilangan penyertaan yang kami terima, saya yakin promosi ini telah menarik ramai pelanggan setia baharu untuk mengepam bahan api Infiniti terbaik kami. Kami harap mereka akan terus melawat stesen BHPetrol untuk mengisi minyak atau untuk membeli-belah di kedai serbaneka BHPetromart pada bila-bila masa” kata Encik Tan.

Peraduan ini telah dilangsungkan dari 20 Januari hingga 31 Mac 2019. Untuk memasuki pertandingan, pelanggan yang membuat pembelian minimum RM30 untuk bahan api layak menyertai. Mereka dikehendaki menjawab 2 soalan mudah dan menyerahkan borang penyertaan di stesen perkhidmatan yang mengambil bahagian. Pelanggan yang menjadi ahli program kesetiaan BHPetrol eCard juga berhak untuk memenangi ePoint bonus tambahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.bhpetrol.com.my.

BHP Menang 300k 2

 

Previous post

Seramai 126 Pelajar Tamat Pengajian di Pusat Latihan Mazda

Next post

Proton X70 Peroleh 24% Segmen SUV

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *