Cuba Try

Pandu Uji Ringkas: Toyota Yaris 1.5G

Pada bulan lalu, UMW Toyota Motor telah melancarkan Toyota Yaris baharu sekaligus menandakan kemasukan semula syarikat itu ke dalam segmen hatchback setelah beberapa tahun meninggalkannya.

BHP Banner Kin's Auto

Kami diberi peluang untuk mencuba Yaris dalam satu perjalanan pendek dari Shah Alam ke Janda Baik baru-baru ini dan setelah memandu dan menelitinya untuk beberapa jam, kami rasakan model ini ada potensi yang kuat untuk menarik perhatian pembeli.

20190423_Yaris0670

Salah satu cara Yaris boleh melakukannya adalah menerusi reka bentuknya yang segar. Ya, ia mempunyai bahagian hadapan yang tidak ubah seperti Vios tetapi jika dilihat dari belakang, model hatch ini saling tidak tumpah seperti Caldina terima kasih kepada bentuk lampu melintang dan spoiler bumbung yang sporty.

20190423_Yaris0125

Dari segi saiz, Yaris lebih besar jika dibandingkan dengan pesaing terdekatnya, Honda Jazz, dengan ukuran panjang 4,145 mm (+190 mm), lebar 1,730 mm (+36 mm), tinggi 1,500 mm (-24 mm) serta jarak roda 2,550 mm (+30 mm). Dimensi yang lebih besar ini secara tidak langsung menghasilkan ruang dalaman yang lebih luas dan selesa.

20190423_Yaris0045

Bagaimanapun, Yaris mempunyai ruang but yang lebih kecil (286 liter) berbanding Jazz (363 liter). Walaupun begitu, hatchback terbaru Toyota ini masih mengekalkan ciri praktikalitinya menerusi tempat duduk yang boleh dilipat secara 60:40. Dan tidak seperti Jazz, ia didatangkan dengan tayar gantian bersaiz penuh.

20190423_Yaris0091

Ruang dalaman hatchback ini tidak menampilkan sebarang perubahan ketara jika dibandingkan dengan versi sedannya, kecuali ketiadaan upholsteri kulit pada tempat duduk. Jika tidak kerana headliner dan kemasan tiang A yang berwarna hitam, sukar untuk kami merasakan perbezaan antara kabin Yaris dan Vios.

20190423_Yaris0111

Bukan itu sahaja, aspek pemanduan juga tidak terlalu berbeza kerana seperti Vios, Yaris juga menampilkan gabungan enjin Dual VVT-i 1.5-liter empat silinder dan transmisi jenis CVT. Sedikit kelainan yang dapat kami rasakan ketika memandu uji model ini adalah ia lebih stabil pada kelajuan tinggi dan badannya juga lebih responsif ketika mengambil selekoh.

20190423_Yaris1559

Apa yang membuatkan kami kagum adalah kelancaran enjin dan transmisi yang menggerakkan roda hadapan model ini. Walaupun bukan enjin terkini, ia sangat progresif dan mampu mengalirkan kuasa secara beransur-ansur, menjadikan Yaris sangat selesa dipandu sama ada di dalam trafik sesak di bandar atau di jalan raya terbuka. CVT ditala dengan baik dan jarang mengeluarkan bunyi yang kurang enak, kecuali ketika pendikit ditekan dengan kuat.

20190423_Yaris0093

Namun, ketiadaan paddle shifter boleh disifatkan sebagai satu kehilangan besar bagi kereta yang bersifat sporty ini. Ini kerana CVT yang digunakan mempunyai mod tujuh kelajuan seperti transmisi automatik konvensional. Oleh kerana pemandu tidak boleh menukar gear dengan paddle shifter, mereka tiada pilihan selain menggunakan tombol gear. Ini bukanlah masalah yang besar namun sedikit sebanyak menjejaskan pengalaman pemanduan.

20190423_Yaris0097

Satu lagi perkara yang kami rasa bakal disukai oleh pemilik Yaris adalah kadar kesenyapan yang begitu baik. Penggunaan cermin akustik, selain penambahan bahan penebat bunyi pada ruang enjin dan lantai serta busa dan span pada bahagian-bahagian tertentu ternyata membuahkan hasil.

20190423_Yaris0079

Akhir sekali, ingin kami sentuh tentang senarai kelengkapan yang ada pada varian G ini. Dengan harga RM83,800, anda mendapat banyak kelengkapan standard seperti lampu projektor hadapan, lampu LED di belakang, lampu nyalaan siang LED serta rim 16 inci dengan tayar Toyo Proxes R50. Lebih menarik lagi, ia juga mempunyai cakera brek belakang.

20190423_Yaris0078

Di dalam, terdapat meter Optitron dengan paparan MID 4.2 inci yang boleh diakses menerusi butang pada stereng, kemasan kulit pada stereng dan gear, kemasukan tanpa kunci serta sistem pendingin hawa automatik. Bagi infotainment, varian ini mendapat sistem DVD-AVX dengan skrin 6.8 inci dan enam pembesar suara.

20190423_Yaris0025

Kelengkapan keselamatan juga harus dipuji. Selain Panoramic View Monitor (PVM), Yaris turut didatangkan dengan tujuh beg udara, VSC, ABS, EBD, BA, Hill-Start Assist Control (HAC), Blind Spot Monitor (BSM) serta Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

20190423_Yaris2010

Sama ada berbaloi atau tidak, pilihan masih terletak di tangan pembeli. Namun jika anda sedang mencari sebuah hatchback yang sedap dipandu, serba lengkap dan berkualiti di bawah harga RM90,000, Yaris mungkin pilihan yang tepat untuk anda.

Spesifikasi Toyota Yaris 1.5G
Enjin: DOHC Dual VVT-i
Kapasiti: 1,496 cc
Kuasa: 105 hp @ 6,000 rpm
Tork: 140 Nm @ 4,200 rpm
Transmisi: CVT
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM88,300

20190423_Yaris0409

20190423_Yaris0099

20190423_Yaris0030

20190423_Yaris1333

20190423_Yaris0418

20190423_Yaris0028

20190423_Yaris1983

 

Previous post

Mahukan Alphard Atau Vellfire Anda Menyerupai Lexus LM 350?

Next post

Waze Kongsi Tips Elak Trafik Sesak Sepanjang Ramadan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *