Motosikal / Lain Lain Roda

MV Agusta F3XX Miliki DNA Perlumbaan

Selalunya apabila sesuatu model itu mendapat sentuhan divisyen perlumbaan pengeluar itu sendiri, hasilnya amat mengagumkan. Sebagai contoh, lihat sahaja MV Agusta F3XX yang dihasilkan oleh Reparto Corse ini.

BHP Banner Santa Fe

Berasaskan model F3 800, jentera lumba ini akan ditawarkan kepada awam namun dalam bilangan yang kecil kerana setiap unit dibina dengan tangan. Dan sudah tentu ini akan menjadikan harganya mahal dan tidak masuk akal.

MV Agusta F3XX 03

Apa yang menjadikan F3XX lebih istimewa dan eksklusif berbanding versi biasa adalah penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi seperti gentian karbon secara meluas. Seperti yang boleh dilihat, keseluruhan fairing model ini diperbuat menggunakan bahan ringan tersebut.

MV Agusta F3XX 05

Ia dikuasakan oleh enjin tiga silinder bersesaran 798 cc yang menghasilkan 160 PS pada 13,000 rpm. Enjin yang telah diubahsuai itu dipadankan dengan sistem klac anti-slipper dan juga sistem ekzos 3-1 yang dihasilkan oleh SC Project.

MV Agusta F3XX 04

Sistem gantungan pula terdiri daripada fork terbalik Marzocchi berukuran 43 mm di hadapan, monoshock Ohlins TTX 36 di belakang serta peredam stereng Ohlins. Cakera Brembo T-Drive berukuran 320 mm di hadapan dan 220 mm di belakang memastikan jentera seberat 145 kg ini mempunyai kuasa brek yang secukupnya.

MV Agusta F3XX 02

Dari segi ciri elektronik, F3XX dilengkapi dengan pemuka TFT AIM MXS1.2 dengan ciri data logger untuk kegunaan di litar lumba. Unit kawalan enjin (ECU) yang digunakan adalah jenis MecTronik EMBKELD2 dengan ciri IMU, Traction Control, Wheelie Control dan Launch Control.

 

Previous post

Keempat-Empat Varian Santa Fe Semua Baharu Sekarang Dijual Secara Rasmi

Next post

BMW 1 Series Dengan Pakej M Performance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *