Keselamatan

Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya Sempena Hari Raya 2019

4 badan bersatu anjur kempen keselamatan jalanraya musim Raya 2019. Mesej yang hendak disebarkan ialah etika pemanduan berhemah dan bertimbang rasa di lebuh raya.

Diantara langkah-langkah yang diumumkan:

  • Kenderaan berat dilarang  di jalan dan lebuh raya selama 5 hari, iaitu pada 1 hingga 3 Jun 2019 sebelum Hari Raya dan 8 hingga 9 Jun 2019 selepas Hari Raya.
  • Arahan henti kerja (stop order work) di lebuh raya kecuali bagi kerja – kerja kritikal untuk tempoh 15 hari iaitu bermula dari 29 Mei hingga 13 Jun 2019.
  • Penempatkan anggota RELA di kawasan lalu lintas di plaza tol dan kawasan R&R untuk kawalan trafik,
  • Mengaktifkan laluan contra flow di beberapa lokasi lebuh raya yang telah dikenalpasti,
  • Menempatkan kren dan kembalik di lokasi-lokasi strategik bagi memindah kenderaan yang rosak atau kemalangan.
  • Diskaun tol diantara 10 hingga 33 peratus kepada kenderaan kelas 1 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Tiga (3) lebuh raya hanya memberikan diskaun tol di plaza tol tertentu seperti berikut:

(i)         Plaza Tol Ampangan, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS);

(ii)        Plaza Tol Pulau Indah, Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE); dan

(iii)       Plaza Tol Perling dan Plaza Tol Lima Kedai, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).

(Sila rujuk Lampiran untuk jadual diskaun dibawah)

Untuk maklumat trafik terkini layari akaun Twitter mereka  @LLMinfotrafik

BHP Banner Raya Trafik

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 28 Mei – Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dengan sokongan pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menganjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Lebuhraya Grand Sepadu yang dilancarkan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya.

Kempen Advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya berhubung pentingnya mengamalkan etika pemanduan berhemah dan bertimbang rasa di lebuh raya. Di samping itu, ianya merupakan sebahagian daripada usaha murni untuk mengurangkan kadar kemalangan yang meningkat saban tahun. Semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, dijangkakan pertambahan trafik harian adalah sebanyak 20 hingga 30 peratus di Lebuhraya PLUS dan lebuh raya utama yang lain.

Larangan penggunaan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya akan turut dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama 5 hari, iaitu pada 1 hingga 3 Jun 2019 sebelum Hari Raya dan 8 hingga 9 Jun 2019 selepas Hari Raya. Inisiatif proaktif ini termasuklah langkah Kerajaan mengeluarkan arahan henti kerja (stop order work) di lebuh raya kecuali bagi kerja – kerja kritikal untuk tempoh 15 hari iaitu bermula dari 29 Mei hingga 13 Jun 2019.

LLM juga telah mengenalpasti 10 lokasi blackspot di Lebuhraya PLUS dan LPT pada tahun 2017. Sebanyak RM1.3 juta telah dibelanjakan oleh syarikat konsesi terlibat untuk tujuan penambahbaikan dan ini telah dibuktikan keberkesanannya apabila sebanyak 54 peratus pengurangan kadar kemalangan 2018 di lokasi-lokasi tersebut.

LLM dan PDRM serta dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya seluruh negara telah bersedia untuk membantu pengguna dengan langkah-langkah proaktif dalam melancarkan aliran trafik dan memastikan keselamatan mereka sewaktu musim perayaan nanti. Antaranya dengan menempatkan anggota RELA di kawasan lalu lintas di plaza tol dan kawasan R&R untuk tujuan kawalan trafik, mengaktifkan laluan contra flow di beberapa lokasi lebuh raya yang telah dikenalpasti, menempatkan kren dan kembalik di lokasi-lokasi strategik bagi memindah kenderaan yang rosak atau kemalangan dan pelbagai lagi.

Bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, 23 syarikat konsesi lebuhraya akan menawarkan diskaun tol diantara 10 hingga 33 peratus kepada pengguna-pengguna kenderaan kelas 1 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Manakala sebanyak tiga (3) lebuh raya hanya memberikan diskaun tol di plaza tol tertentu seperti berikut:

(i)         Plaza Tol Ampangan, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS);

(ii)        Plaza Tol Pulau Indah, Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE); dan

(iii)       Plaza Tol Perling dan Plaza Tol Lima Kedai, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).

(Sila rujuk Lampiran untuk jadual diskaun)

Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalan lebih awal dengan mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) yang telah disediakan oleh pihak PLUS Berhad dan ANIH Berhad.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini daripada pusat pengurusan trafik (TMC) LLM yang beroperasi 24 jam sehari melalui talian 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik.

JADUAL PEMBERIAN DISKAUN TOL HARI RAYA 2019

Jadual Diskaun Tol

 

Previous post

BMW X5 xDrive40i dan X2 M35i Dipertontonkan

Next post

SF90 Plug-In Hybrid Pertama Ferrari Dengan 1000 Kuasa Kuda

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *