Berita Auto

Honda HR-V RS Kini Dengan Upholsteri Hitam

Honda Malaysia telah memperkenalkan upholsteri hitam baharu sebagai pengganti kepada upholsteri putih Ivory bagi HR-V RS. Pengenalan ini merupakan respon Honda Malaysia terhadap maklum balas yang diterima dari pelanggan.

BHP Banner ID3

Menurut syarikat itu, ia telah menerima lebih 12,200 tempahan bagi HR-V facelift dengan lebih 7,000 daripada telah pun diserahkan kepada pelanggan sejak pelancarannya pada Januari tahun ini.

Photo 2 (5)

Varian RS yang diperkenalkan buat kali pertama menyumbang 20% kepada jumlah jualan keseluruhan HR-V. Model itu juga mendominasi pasaran dengan perkongsian sebanyak 86%, sekaligus menjadikannya pendahulu dalam segmen SUV kompak setakat Mac 2019.

Photo 4 (1)

HR-V RS dikuasakan oleh gabungan enjin 1.8-liter SOHC i-VTEC dan CVT. Sebagai varian yang lebih sporty, ia dilengkapi dengan ciri baharu iaitu sistem steering Variable Gear Ratio (VGR), selain mendapat rim aloi 18 inci, serta kemasan hitam pada bampar depan dan belakang dan jeriji.

Photo 1 (5)

Ia turut didatangkan dengan ciri-ciri tambah nilai seperi kamera undur pelbagai sudut, tempat duduk boleh laras lapan cara, kamera LaneWatch, Cruise Control dan paddle shifter. Dari segi keselamatan, model ini mempunyai enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan cagak Isofix.

Photo 3 (3)

Boleh didapati dalam warna Passion Red Pearl, White Orchid Pearl dan Modern Steel Metallic, HR-V RS dijual pada harga RM124,800.

 

Previous post

McLaren GT Utamakan Keselesaan

Next post

Derma Organ: Program 'CODE: Life!' Berikan Penjelasan!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *