Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson Iron 1200 Sportster Kini di Malaysia – Dari RM74k

Harley-Davidson of Petaling Jaya mengembangkan barisan Sportster bagi pasaran Malaysia dengan pelancaran model Iron 1200 baharu.

BHP Banner Perodua Hijau

Motosikal tersebut didatangkan dengan jalur pelbagai warna pada bahagian tangki, serta tulisan, grafik dan unsur yang diinspirasikan dari era 70an. Tangki minyak boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Vivid Black, Twisted Cherry dan Billiard White.

???????????????????????????????????????????????????

Bar hendal Mini Ape dalam kemasan hitam satin merupakan satu unsur penting imej ‘chopper’ yang diketengahkan oleh model ini, begitu juga dengan roda sembilan batang berwarna hitam yang didatangkan dalam saiz 19 inci di hadapan dan 16 inci di belakang. Ia dipadankan dengan tayar berprestasi Michelin Scorcher 31.

???????????????????????????????????

Iron 1200 dikuasakan oleh enjin V-berkembar Evolution 1200 bersesaran 1,202 cc yang menghasilkan 36 peratus lebih kuasa kilas iaitu 98.9 Nm berbanding 72.9 Nm yang dijana oleh enjin 883 Evolution pada model Iron 883.

???????????????????????????????????????????????????

Enjin tersebut dikatakan mempunyai kuasa kilas julat rendah yang lebih tinggi serta kuasa julat pertengahan bagi membolehkan penunggang menyusuri trafik dengan lebih mudah.

???????????????????

Keseluruhan enjin dan transmisi didatangkan dalam kemasan hitam, termasuk pada rocker box atas dan bawah, ekzos dan pelindung peredam. Tiub pushrod dan pelindung tappet adalah antara beberapa komponen yang hadir dengan kemasan krom.

???????????????????????????????????????????

Bagi kelengkapan lain, Harley-Davidson Smart Security System dan ABS boleh didapati sebagai kelengkapan tambahan yang dipasang di kilang.

Previous post

Pusat Servis Toyota Baharu Dibuka di Taman Petaling Utama

Next post

Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *