Motosikal / Lain Lain Roda

Grantt Lubricants Lancar Pelincir Sintetik Penuh Quadra

UMW Grantt International Sdn Bhd telah melancarkan minyak pelincir motosikal terbaharunya iaitu Quadra SAE 10W-50 4T.

BHP Banner Syahpadu

Ia diperkenalkan oleh Ketua Serantau Lubricants, Anas Nasrun Mohd Osman, bersama dengan Mohd Asri Jusoh, Pengurus Besar UMW Grantt International semasa semasa majlis pembukaan Quadra Track Day di Litar Elite Speedway.

Dibangunkan untuk prestasi optimum, minyak sintetik penuh tersebut menggunakan teknologi ester yang mengandungi campuran minyak asas sintetik dari Group 4 PAO dan Group 5 Ester, serta bahan aditif berprestasi tinggi.

GRANTT_Product Price list-page-001

Menurut syarikat itu lagi, teknologi itu bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kecekapan enjin, malah mendatangkan manfaat kepada transmisi dan klac motosikal, terutamanya ketika menghidupkan enjin sejuk atau dalam suhu operasi yang tinggi.

Dengan produk terbaru ini, Grantt Lubricants kini mempunyai enam jenis minyak pelincir motosikal dalam barisan Quadra.

Previous post

DHCV Mula Operasi CKD Tata Motors di Malaysia

Next post

Harga Ron 97 Turun 10 sen ke RM2.70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *