Cerita Auto

Geely Xing Yue Diperkenalkan Dengan 3 Pilihan Enjin

Geely Auto telah memperkenalkan Xing Yue, SUV Coupe pertama jenama itu. Dibina menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA), ia ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu pembakaran dalam konvensional, mild hybrid serta plug-in hybrid.

BHP Banner Tali Keledar Volvo

Versi enjin pembakaran dalam menampilkan enjin 2.0TD yang menjana 235 hp dan 350 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran Aisin, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.8 saat. Enjin ini mematuhi piawaian pelepasan China 6b dan Euro 6d.

CMA

Varian mild-hybrid menggunakan enjin 1.5TD dengan 174 hp dan 255 Nm, serta transmisi klac berkembar basah tujuh kelajuan. Ia digabungkan dengan sistem BSG 48V yang bukan sahaja menjadikan ia lebih cekap bahan api, malah boleh meningkatkan kuasa sehingga 188 hp. Tahap penggunaan bahan api varian ini adalah 5.6 liter bagi setiap 100 km.

Xing-Yue-Instrument-Panel

Sementara itu, varian plug-in hybrid yang menggunakan enjin 1.5TD yang sama didatangkan dengan dua pilihan bateri iaitu:

  • 11.3 kWh – jarak pemanduan elektrik 56 km, penggunaan bahan api 1.6 liter bagi setiap 100 km, masa pengecasan pantas 90 minit
  • 15.2 kWh – jarak pemanduan elektrik 80 km, penggunaan bahan api 1.2 liter bagi setiap 100 km, masa pengecasan pantas 105 minit

Xing-Yue-Shift-Paddle

Xing Yue menggunakan suspensi MacPherson pada bahagian hadapan dan multi-link bebas pada bahagian belakang. Ia turut didatangkan dengan sistem pacuan empat roda yang mempunyai mod pacuan dua roda dengan agihan tork maksimum sehingga 50:50 antara gandar hadapan dan belakang.

Xing-Yue

Selain itu, gabungan tayar Goodyear Eagle F1 bersaiz 20 inci dan brek cakera bersaiz 322 mm membolehkan Xing Yue berhenti dari kelajuan 100 km/j dalam jarak 35.3 meter.

Xing-Yue-Facial

Sistem GKUI terbaru yang ditawarkan pada model ini menampilkan ciri pengenalan wajah yang membolehkan fungsi-fungsi seperti kedudukan kerusi dan cermin, selain sistem infotainment dikawal secara automatik. Sistem ini juga boleh mengimbas ekspresi wajah dan seterusnya mengeluarkan amaran jika pemandu berasa letih atau terganggu.

360-Video

Dari segi keselamatan, Xing Yue didatangkan dengan sistem bantuan pemandu seperti Intelligent Cruise Control, Traffic Jam Assistance, Full Speed Adaptive Cruise Control, Lane Keeping System dan sebagainya. Penggunaan 22 sensor luaran membolehkan model ini mencapai pemanduan autonomi tahap 2.

Xing-Yue-ICC

Selain itu, ia juga mempunyai sistem bantuan parkir automatik yang dibangunkan oleh Bosch, pengimejan panoramik 360 darjah, Head Up Display, Automatic Emergency Brakes with Pedestrian Identification, Rear Collision Warning, Speed Limit Identification, Lane Change Assist, Blind Spot Detection dan Door Open Warning.

Xing-Yue-HUD

2.0TD

FY11-interior-03

FY11-interior-04

Xing-Yue-Boot-Sensor

 

Previous post

Volkswagen Terima Lebih 10,000 Tempahan Bagi ID.3 1ST

Next post

DSFGG Video Podcast (Vidcast) S01E08 - BMW 3 Series | Mercedes-Benz A-Class Limousine| Nissan X-Trail Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>