Konsep / Lakaran / Intipan

Butiran & Gambar Perisik Kabin Volkswagen Golf Mk8

Volkswagen Golf generasi ke-8 baharu dikatakan membawa kembali keunggulan Golf generasi ke-5 yang menaikkan nama Volkswagen semasa ianya dilancar. Sejak Golf generasi ke-5, Volkswagen tidak dapat menghasilkan hot hatch baharu yang layak untuk lencana GTI walau bagaimanapun  ia juga tidak mengecewakan dan jualan mereka semakin mendaki tinggi di seluruh dunia.

BHP Banner VM 8

Pengiriman dan pengendalian kuasa adalah apa yang dijanjikan dan hanya bahagian kabin saja yang kekurangan teknologi berbanding sumbangan pesaing-pesaingnya yang hebat (terutamanya Mercedes-Benz A-Class baharu)

Kini, pengurusan Volkswagen telah berjanji untuk memberi VW Golf generasi ke-8 kabin dengan tahap teknologi yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Jumlah butang fizikal pada lakaran artis Golf baharu telah menurun secara drastik, dengan kebanyakan fungsi disepadukan ke dalam skrin sentuh baru. Sistem infotainment terletak betul-betul di sebelah kluster instrumen digital sepenuhnya yang tidak sebesar skrin sentuh 15-inci VW Touareg namun ia masih ada ruang yang cukup untuk semua fungsi.

Konsol tengah menunjukkan tempat simpan yang besar yang bertudung dan dulang yang juga pad pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar. Di atas dan di bawah tuas gear kecil transmisi automatik adan beberapa butang tradisional, dengan salah satu daripadanya adalah untuk brek letak kereta elektronik.

Stereng berbilang fungsi penuh dengan butang di kiri dan kanan logo VW dan mereka mungkin akan menjadi butang sensitif sentuh seperti dalam Mercedes-Benz A-Class baharu.

Terdapat juga maklumat bahawa Golf generasi ke-8 ini akan menggunakan hibrid ringan. VW juga akan menjual versi hibrid plug-in dengan julat maksimumn dalam mod elektrik tulen sejauh 80 kilometer.

Volkswagen menjual 830,000 Golf tahun lepas, menjadikannya “kenderaan utama untuk Kumpulan kami” seperti yang dinyatakan oleh pengurusan Kumpulan VW dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tarikh ketibaan Golf ini mungkin pada penghujung 2019 dan kedatangan ke Malaysia mungkin 12 bulan kemudian, jadi mulalah simpan duit  jika anda mahukannya atau jika anda sudah memandu Golf generasi ke-7, sebaiknya tunggu sajalah.

vw-golf-8-spy-2

 

 

Previous post

Pusat Servis Zon Trak Tayar Pertama di Asia Tenggara

Next post

Boon Siew Honda Lancar CB250R, CRF250 Rally Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *